Friday, 29 May 2015

Ayam Kerutuk tersangatlah sedap


Sedap sungguh ayam kerutuk ni..dah lama tak buat. Untuk berbuka puasa semalam, Cik Wan masak nasi minyak dan kerutuk ni..hajat hati nak buat acar mentah dan sambal belacan...tapi sebab penat sangat, tak terbuat pula. Tapi, alhamdulillah..Mr A dan Alis cakap, tak payah buat sebab dah cukup dengan kerutuk ni sahaja..cukup masin, masam dan manis serta agak pedas..tak perlu sambal belacan lagi...alhamdulillahhh..settle!

Resepi dah ada kat SINI, tapi untuk memudahkan Cik Wan copypaste semula ye..

Bahan-bahan;

1/2  ekor ayam potong kecil
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
1 sudu besar kerisek
2 sudu besar rempah kerutuk-bancuh dengan air panas
Rempah 4 sekawan secukupnya-cengkih, lawang, pelaga dan bunga lawang
5-7 biji cili kering/ 2 sudu serbuk cili
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Seinci halia
Seinci lengkuas diketuk
1 batang serai diketuk
Gula melaka/gula
Garam
Sedikit air asam jawa
Ubi kentang secukupnya.


Cara-cara :

          Sediakan bahan tumis:
         - rempah kasar 4 sekawan
         -2 ulas bawang merah dimayang
         -2 ulas bawang putih dimayang
         -sedikit halia dimayang

  1.  Bahan lain selebihnya dimesin (bawang, cili kering, halia)
  2.  Panaskan minyak. Masukkan no. 1, tumis hingga wangi. 
  3.  Masukkan bahan no.2, kacau hingga naik minyak.
  4.  Masukkan rempah kerutuk, tumis hingga naik minyak sambil masukkan serai dan lengkuas  ketuk, garam, gula, kerisek dan air asam jawa.
  5.  Masukkan ayam dan kacau hingga keluar air daging ayamnya.
  6.  Masukkan ubi kentang.
  7.  Masukkan santan.
  8.  Masakkan sambil dikacau sekali sekala sehingga santan pekat seperti di dalam gambar di atas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...