Monday 26 November 2012

Pau Goreng Kelate aka Roti Goreng

Pagi-pagi banyaklah roti ni di jual di Kelantan. Kalau adik ipar saya Azemi dan wifenya Siti Mariam, roti ni dijual dalam RM0.20 satu...murah giler....besar tapak tangan tau...

Ni resepi yang diajar kepada saya, bolehlah pakat-pakat cuba. Budak-budak sukalah makan roti ni panas-panas tambahan dalam musim hujan ni. Semalam saya buat dalam 1/2 kg tepung ..uhhh sekejap je habis pekena dengan teh -o panas di iringi hujan lebat mencurah-curah..hehehe

Bahan-bahannya:

1 kg tepung gandum
1 paket yis mauripan (bancuh dengan 1 cawan air suam kuku)
4 sudu margarine- semalam saya guna butter
1 sudu besar soda bikarbonat dan 1 sudu kecil garam (bancuh dengan 1 cawan air)
1 cawan gula
Air secukupnya untuk menguli (sehingga adunan tidak melekat ditangan)
Sedikit pewarna kuning jika suka.

Inti kacang merah- saya beli yang ready made.

Cara-caranya.

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
  2. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  3. Uli/tumbuk  sekejap doh tadi untuk keluarkan angin.
  4. Bulat-bulatan doh mengikut saiz yang dikehendaki. (Jangan besar sangat sebab sebelum digoreng akan dileperkan dahulu, jadi saiznya akan jadi makin besar)
  5. Masukkan inti kacang merah ke dalam doh (macam buat ondeh-ondeh)
  6. Susun dalam dulang/loyang.
  7. Panaskan minyak.
  8. Sebelum  menggoreng, tekan-tekankan sedikit doh sehingga leper (jangan kuat sangat) dan terus masukkan ke dalam minyak.
  9. Roti akan tenggelam, mengembang dan timbul semula. Balik-balikkan sehingga masak/warna perang. Siap.


*inti roti goreng boleh ditukar mengikut kesukaan anda.
Selamat mencuba

11 comments:

  1. salam kak..tme kasih d ats resepi yg simple ni..mcm tk pcya sy menjadi buat roti goreng ni..suami pon suka..hehe tenkiu for sharing kak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa,alaikummussalam.
      Terima kasih kerana mencuba resepi ni..insyaAllah mmg akan jadi sebab resepinya betul2 yang Cik Wan belajar dari adik ipar yang berniaga tu. Nanti boleh pelbagaikan intinya yer :-)

      Delete
  2. my mom used nutella as fillings..yummy!thanks to you she got the recipe from your blog..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe creative and innovative..i bet it's yummylicious!!!

      Delete
  3. Nostalgia.Hari tu abg yi makan 4-5 biji,,control sb dah overload ,Tapi tak puas lagi. tk daun keladi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...puas hati jugak sebab semua suka makan..licinnnn!!. Buatlah abg Yie,..mudah sangat tengok za buat hari tu kan?

      Delete
  4. Alhamdulillah menjadi..tks utk resepi

    ReplyDelete
  5. Boleh dpt berapa biji roti dgn sukatan ikt resipi ni? Byk sgt ke? Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sederhana besar dapat dlm 20 biji lebih..memang banyak. Kalau nak sikit bahagikan dua semua bahan ya

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...