Saturday, 2 March 2013

Ketupat Sotong Step By Step

Alhamdulillah, ketupat sotong lagi hari ini. Menu kegemaran kami sekeluarga terutama anak2 dara bertiga tu. Sibuk benar hari ni sebab pagi2 lagi menyediakan kek untuk dibawa ke asrama . 28 Febuari hari tu hari jadi Nur Aifaa. Hari ni baru boleh hantar kek..nasib baiklah dekat saja. Alang2 bawa kek tu saya bawa sekali ketupat sotong kegemarannya ni. Resepi dah ada yer dalam entri sebelum ini. Rujuk di sini. Tapi hari ni saya tunjukkan sekali gambarnya, langkah demi langkah yer..selamat mencuba!!
Rendam beras pulut dalam santan cair dan sedikit garam sekurang-kurangnya 15 minit.


Santan pekat untuk kuahnya. Masuk sedikit garam yer..

Masukkan pulut dalam sotong. Jangan penuh sangat dan atur atas daun pandan untuk direbus.
siap untuk direbus
Masukkan santan. Rebus.
Hari ni guna gula melaka, kuahnya akan cerah sikit berbanding dengan nise kelate.
Bila santan jadi separuh baru masukkan gula melaka.
Masak hingga pekat macam ni...
Done !!! walla...



4 comments:

  1. Assalamualaikum, apakah rasanya tidak amis/hanyir sotong yg dimasak dengan gula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam tie.Widawati. Terima kasih kerana sudi berkunjung di blog ini. Walaupun menggunakan sotong, langsung tidak akan ada bau hanyir atau amis..hanya yang tinggal bau wangi pulut, gula melaka dan pandannya. Sebab itu dijadikan sebagai dessert dan bukan lauk untuk dimakan dengan nasi. Cubalah..

      Delete
  2. Terimakasih atas informasinya sangat bermanfaat sekali.... salam sehat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...