Tuesday 4 March 2014

Gulai Telor Itik


Terkenang arwah Mok bila melihat telor itik ni di Pasar Borong 2 minggu lepas. Dah terbayang gulai itik yang selalu dimasak oleh arwah dulu..teringat lagi betapa lenguhnya tangan bila menumbuk rempah ketumbar dan lengkuas yang memang payah nak lumat ni..hehehe. Nikmat sungguh bila makan nasi panas2 apatah lagi perut yang sedang kelaparan. Tapi waktu tu telur itik memang fresh dari reban sebab kami memang membela dalam 40 ekor itik malah kelapa juga dari pokok sendiri..segala2nya memang fresh. Yang ni pulak sebaliknya..telur dah hampir 2 minggu dibeli..malah kelapapun dah hampir 4 hari dalam freezer. Memang hasilnya tak berapa cantik tapi rasanya sedap.

Bahan-bahannya;
4 biji telor itik
3/4 biji kelapa parut ambil santannya
3 ulas bawang merah
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu besar rempah ketumbar biji
2-3 biji cili padi- boleh tambah jika suka- arwah Mok tak letak.
1-2 keping asam
Garam
Gula

Cara-caranya;
  1. Perah santan secukupnya.
  2. Tumbuk semua bawang, kunyit, lengkuas dan ketumbar hingga lumat.
  3. Masukkan dalam santan, masukkan asam keping, garam dan gula.
  4. Letakkan atas dapur dan kacau hingga menggelegak. 
  5. Perlahankan api dan pecahkan telor itik satu persatu ke dalam kuah.
  6. Kacau perlahan bahagian atas kuah sahaja tanpa menyentuh telur.
  7. Besarkan api sedikit dan kacau perlahan hingga telur masak. Siap.

4 comments:

  1. Oh.. Cik Wan buat masak lemak taruk biji ketumbar ye? First time dengar.. Rasanya pasti lain kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa sedikit lain tapi bagi saya sungguh sedap..hehehe. Arwah Nenek yg ajar masakan ni. Cubalah Honey...boleh tambah cili lebih sikit kalau suka.

      Delete
  2. Terima kasih atas resipe nya
    nanti saya nak coba masak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...