Saturday, 8 February 2014

Siput Pahat Goreng Pedas Berserai


Hari ni pagi2 lagi ke Pasar Borong Selangor. Terjumpa pulak dengan siput pahat ni. 1 peket RM12.00. Saya balik kira dalam 30 ekor pahat semuanya. Ok lah kan harganya. Saya tak pernah makan mahupun memasaknya, selalu tengok dalam gambar je ataupun tengok kat FB bila kengkawan dok post masakan ni. Nampak sungguh sedap sekali.
Saya masak ikut resepi dan cara saya memasak etok kera baru2 ni..hehehe kenal tak etok kera?. Rupanya macam etok tapi bentuknya lebih besar dan berwarna putih. Satu lagi etok kera ni hidupan laut dan bukan di sawah atau sungai seperti etok biasa.
Foto ihsan Google- etok kera orang2 kampung suami saya panggil.
Jom tengok cara saya memasak pahat ni....

Bahan-bahannya;

1 kg pahat
2 labu bawang besar
3 biji cili kering
3 ulas bawang putih
2 batang serai diketuk
Sedikit kicap manis
1 keping asam
Garam
Gula

Cara-caranya;
  1. Blend bawang dan cili hingga lumat.
  2. Tumiskan bahan blend hingga garing/naik minyak.
  3. Masukkan serai yang telah diketuk, garam, gula, kicap dan asam keping.
  4. Kacau sebati  dan masukkan sedikit air (dalam 1/2 cawan).
  5. Bila kuah mendidih, masukkan pahat. Kacau sebentar dan tutup kuali dengan penutup untuk beberapa minit.
  6. Buka tutup kuali, kacau sebentar, tutup api..dah masak!! Jangan terlalu lama takut isi pahat keras.
  7. Siap.

4 comments:

  1. Alhamdulillah... merasa juga makan pepahat ye, saya dah lama nak cuba makan tapi tak pernah jumpa... termasuklah etak-etak. Mudah-mudahan satu hari nanti dapat juga he heeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Amie, dapat juga merasanya. Etak-etak/etok banyak di Kelantan Amie..sedap makan yang disalai atau dimasak jadi lauk. semoga satu hari nanti Amie dapat merasanya.

      Delete
  2. etok nie pe ye?cm kerang ea?first time mkn pahat sdp jgk rsenya.nyum2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...