Monday, 16 December 2013

Laksam

Laksam aka LAKSE :-)
Menu sarapan Sabtu lepas..hehehe lamanya baru sempat upload..
Laksam terhebat dan masih tak dapat ditandingi ialah laksam yang dibuat oleh mek..lamanya tak makan. Mekpun tak berapa sihat sekarang ni..takut meletihkan dia kalau nak dia buat..semoga mek cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala..amin.

Dah bertahun saya tak buat laksam ni. Selalu pakai laksa saja sebab mudah. Anak-anakpun tak berapa suka laksam berbanding laksa. Masak laksam kali ni saya pakai trial and error je..dua tiga keping jugalah yang masuk tong sampah sebelum jadi elok...hehehe

Mek saya dulu gunakan beras untuk buat laksam untuk dijual setiap hari selasa di Pasar Selasa Kg Kedai Menanti. Rendam beras semalaman sambil dua tiga kali ditukar airnya. Mesin pada  pagi Isnin. (sebelum ada mesin kami kena kisar guna pengisar,  bayangkan segantang besar nak dikisar..aduhhh berjam-jam lamanya).
Lepas solat zohor mula mengukus hingga ke asar. Dah siap..susun dalam talam, tutup dengan kain nipis. Cantik serta pejal  bila digunting esoknya.

Sebab itu, yang cantiknya kalau nak makan laksam, kukus dulu malamnya untuk di makan esok. Baru hasilnya cantik. Kalau dikukus..lepas tu terus dimakan memang tak berapa nak jadi.

Faktor yang sangat penting dalam membuat laksam adalah jenis tepungnya... tepung dari beras usang dan beras baru lain kemenjadiannya...jadi jangan kecewa kalau kita dah ikut resepi tapi tak berapa nak jadi..yang dah biasapun kadang-kadang tak jadi..hehehehe. Buat dulu sekeping dua baru kita ejas balik ikut kesesuainnya.


Bahan-bahannya;

500gram tepung beras (1 peket kecil)
1 sudu tepung ubi
1/2 sudu kecil garam
4 1/2 gelas - 5 gelas air (saya guna gelas plastik Ikea)

Cara-cara;
  1. Campurkan semua bahan hingga sebati.
  2. Kukus.(Bila lapisan laksam menggelembung, boleh angkat *dalam 2 ke 21/2 minit)

Selepas dikukus, angkat dan sandarkan ke dinding seperti ini..untuk keringkan air di lapisan atas laksam dan untuk sejukkan. Dah sejuk sikit atau suam2..bolehlah digulungkan. Yang ni trial and error..1 senduk bancuhan macam tak cukup tebal..saya tambahkan jadi 1 1/2 senduk untuk lapisan yang sedang elok.
Hasilnya...tak lulus lagi ni kalau mek tengok hehehe.
Untuk kuahnya boleh rujuk resepi KUAH LAKSA, tapi saya buat beberapa perubahan di mana saya bakar sekejap halia dan bawang putihnya untuk menaikkan aroma. Tapi untuk 500gm tepung laksam ni..saya rasa kuantiti kuahnya cukuplah separuh daripada sukatan  dalam resepi ini.


Kuah yang sedang menggelegak.


Sambal belacan- cili kering + belacan + garam diblend lumat.
Untuk ulam saya hanya gunakan kubis, bunga kantan, daun kesum dan kacang panjang..selamat mencuba

3 comments:

  1. Ni bukan menu ringkas Cik Wan... banyak benda yang nak dibuat he heheh saya tak lulus lagi nak buat laksam he hehehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... remeh jugak lah Amie...tapi tak seremeh dan seseni nak buat kek lapis mcm Amie buat tu..tak terdaya saya. Yang ni campak2 masih boleh jadi laksam hahahaha

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...