Saturday 27 July 2013

Ayam Goreng Telor Masin



Resepi ni saya pernah kongsikan di sini, Tapi saya tulis balik sebab ada sedikit modification walaupun bahannya masih lagi sama.

Bahan-bahannya;

Sebelah ayam dipotong kecil.
Perap ayam dengan:
2 ulas bawang putih tumbuk
Sedikit halia tumbuk
Sesudu minyak bijan
2 sudu sos tiram
Sedikit kicap
Sedikit garam

Bahan salut:
2 biji telor masin (rebus, ambil kuningnya sahaja dan lenyek hancur)
2 biji telor ayam (ambil kuning sahaja, pukul dengan garfu)
2 sudu butter + sesudu minyak masak
Sedikit daun kari
Sedikit cili padi potong

Cara-cara:

  1. Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali lain, panaskan butter dan minyak.
  3. Bila butter dah cair, masukkan daun kari dan cili potong. Kacau.
  4. Masukkan telor kuning segar.
  5. Kacau tanpa henti diikuti dengan telor masin.
  6. Bila sudah berjurai dan berbuih, masukkan ayam goreng dan kacau rata cepat-cepat.
  7. Siap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...