Thursday, 13 December 2012

Kerabu Sare Mek


Mek saya menyara anak-anak dengan menjual kuih-muih dan lauk-pauk. Malahan pekerjaan itu telah diwarisi daripada dua generasi sebelum beliau iaitu arwah nenek dan arwah moyang yang kita panggil Wa @ Wo Che Mah. Pekerjaan yang sangat berat kerana pada masa itu semua proses membuat kuih dilakukan secara tradisional seperti mengisar tepung, mengukus dan membakar menggunakan dapur kayu dan sebagainya. Jadi kami anak-anak beliau akan turut serta dalam proses membuat kuih-muih dan lauk-pauk tersebut dari awal hingga siap. Memang labour intensive betul..hehehe. Tapi budak-budak masa itu tak pernah kenal erti merungut atau malas..kami lakukan sebab ia ibarat tugas hakiki sebagai seorang ahli keluarga. Alhamdulillah.

Hari ini saya akan berkongsi sejenis lauk kerabu jualan Mek dulu. Hehehehe, saya masih ingat lagi bagaimana tangan-tangan kami menggelupas dan luka masa membersihkan rumpai-rumpai laut yang kami panggil Sare. Masa dulu sare tu kotor, penuh dengan siput-siput laut dan sampah sarap. Memang jenuh nak membersihkannya. Maklumlah, bukan sedikit malah berkilo-kilo banyaknya.

Sare mentah @ kering..perlu direndam dan dicuci bersih.

Selepas dibersihkan..toskan airnya.

Jemur tengah panas jap..yang warna hitam akan tukar putih..
huhuhu hari ni tak ada matahari la pulak!!

Ambo bukan jenis penyabar..tunggu kejap je,
tak apalah..dah ada sikit-sikit yang warna putih tu..
hujan-hujan kau datang lagi...Endang S. Taurina dok nyanyi hehe

Lepas jemur tadi rendam sekejap dan toskan kering
 sebelum dicampurkan dengan mangga muda
yang disagat berserta bahan lain

Kena campur dengan tumis ini, tengok resepi kat bawah ni,

Tumis Kerabu Sare/Nasi Kerabu:
1 biji kelapa- ambil santan pekat
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang puti
5-8 biji cili kering
3 batang serai
1 inci halia
2 keping asam
Sedikit gula dan garam.
Cara-caranya:
Blend semua bahan di atas.
Masukkan dalam santan.
Masak atas api, kacau sekali-sekala hingga rupanya seperti di atas.
*Kalau masak untuk nasi kerabu, jangan lupa masukan sedikit budu.

bersama sambal kelapa ni, ambil resepi kat sini


kena tambah cuka dan sudah semestinya..jeng..jeng..budu!!!!!



Sebelum dihidang potong atau gunting pendek-pendek sare...
baru diletakkan samal kelapa, tumis, sesudu kecil  cuka
dan sesudu kecil  budu..beressss..tunggu ngap jee..

Rasa sare ni istimewa, tak jumpa pada kerabu-kerabu lain..bila kunya krup krap bunyi ranggupnya...hehehe tak kenal maka tak cinta. Kalau anda semua ke Kelantan, cuba beli untuk sama-sama merasa kerabu yang fames ni..terima kasih Mek.

9 comments:

  1. Nak sangat merasa makan sare ni sebab sare ni terkenal kat Jepun tau..mereka buat kerabu sare ni dgn mencampurkan bersama anak ikan, bijan putih dan hirisan kacang botol/kelisa.Ditambah lagi dgn sweeted/ nori yg dihiris.

    ReplyDelete
  2. Ye ke? betul kata orang kan? hanya jauhari mengenal manikam.
    Mak Pinat, masih ada yang kering kat rumah. Kalau nak boleh satu masa saya hantarkan ke rumah.
    BTW, agaknya yang ni ke yg depa dok kata kolagen mentah tu..hehehe patutlah awet muda.

    ReplyDelete
  3. Yer betul..masa kat MAHA tu ada org tunjuk buat pameran hasil laut..antaranya rumpai laut aka kolagen mentah.

    ReplyDelete
  4. Wahhh, selalu mkn kerabu sare ni awet mudalah saya nampaknya..hehehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,Terima kasih atas pemberian..semuga Allah berkati rezeki Cik Wan..memang krup krap makan kerabu sare ni dan sambal kelapanya memang sedap.Tak sempat nak makan dgn nasi..kami krup krap ratah begitu saja.

    ReplyDelete
  6. Speselnya kerabu ni.
    Sayang tak jumpa ni masa saya melawat Kelantan dulu

    ReplyDelete
  7. memang susah nak jumpa sekarang, mak sayapun dah lebih 10 tahun dah tak jual kerabu ni, tapi tak apa...boleh guna kolagen marin tu buat kerabu..saya baru nak cuba buat, nanti saya uploadkan gambarnya.

    ReplyDelete
  8. kat mana nk cari sare mentah tu di kl ye?
    aritu bazar ramadhan taman putra perdana, puchong, ade jual sedap sgt.
    ni terasa mcm nk mkn lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya sare mentah ni ada dijual di pasar borong selangor..kedai kak kelate yg jual semua brg dari kelantan...saya pernah jumpa di kedai tu, azmira

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...