Saturday 28 July 2012

Nasi Briyani Ayam

Resepi ni saya belajar daripada seorang kawan dari Bangladesh, tapi kali ini saya ubah sikit cara memasak nasinya. Saya gunakan resepi ayam briyaninya dan gabungkan dengan cara yang saya pelajari dari youtube...
Briyani lapisan.
Bahan-bahan untuk Ayam Briyani:

Seekor ayam dipotong dan ditoskan

1 labu bawang besar-
5 biji cili kering
1 sudu jintan manis
1 biji buah pala
5 biji badam
3 biji buah keras
1 kotak kecil kismis
1 sudu kecil lada putih
Semua bahan di atas digoreng dan dimesin.
1 inci halia
3 biji bawang putih.
1 cawan yogurt.
15 biji cili padi dibelah dua.

Rempah kasar:
4 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 helai daun bay
l sudu lada hitam

Cara memasaknya;
Panaskan minyak dan tumiskan rempah kasar hingga wangi.
Masukkan bawang putih dan halia tumbuk. Tumis sampai wangi.
Masukkan rempah yang telah digoreng dan dimesin. Kacau.

Masukkan ayam, kacau dan masukkan yogurt.
Masukkan cili padi yang telah dibelah dan perisakan. Kacau hingga ayam masak.
*kalau tak ada yogurt, boleh digantikan dengan tiga sudu susu tepung dicampur dengan 2 sudu butter cair dan setengah sudu gula.

Inilah rupa briyani ayam yang dah masak...
Untuk nasinya;
1 kg beras basmathi yang direndam lebih kurang 3 jam dan toskan
Pewarna kuning (resepi asal guna saffron)
Perisa ros.
Panaskan air dan rebus beras tadi hingga el dente (beras tu seakan-akan menari-nari dalam periuk rupanya)
Toskan dan sedia untuk dilapiskan dengan ayam.
beras yang direbus separuh masak...
Ok...dah boleh dilapiskan. Mula-mula lapiskan ayam briyani diikuti dengan lapisan beras silih berganti. Lapisan atas disudahi dengan lapisan nasi.
Titikkan warna kuning dan perisa ros di atas lapisan nasi teratas dantutup periuk dengan kemas.
Dah sedia untuk dimasak menggunakan api yang sangat perlahan.

Dah siap dilapis....
Bila dah masak, bolehlah dihidangkan dengan acar sayur bermayonaise dan juga dalca kalau suka...

Dah masak...uuummm...sungguh wangi!!!
Langkahnya agak complicated, tapi sekali dah buat ia akan jadi biasa dan berbaloi untuk dimasak..selamat mencuba ye?

10 comments:

  1. Salam. Saya ada menjual saffron/za'faran gred A dari Iran. Harga 10g = RM 55 (Harga termasuk pos). Jika berminat sila hubungi 016-9921245/014-6245445. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam kak wan.

    Kira lapisan pertama tu (bawah sekali) letak ayam lepas tu nasi & end up dgn nasi. Mcm tu kan kak?

    Tak hangus ke lapisan ayam yg bawah sekali tu kak wan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. betul tu dik..
      Akak guna api paling kecik, insyaAllah tak hangit..tapi jangan tinggal lama pulak. Nasi tadi dah separuh masakkan? satu lagi pastikan tutup periuknya rapat (akak selalu letak lesung batu atas tutup periuk tu heheheh)

      Delete
    2. Agak-agak berapa lama akak masak lepas dah lapiskan nasi tu? Saya ni fav nasi briayani. Baru jum blog akak, ni tgh selongar entry lama ni. Semuanya sedaaaap!!

      Nasi half cook tu, yg still ada putih kat tgh beras tu kan kak?

      Ooo nasi boleh masak eh dgn kuah briyani tu? Tak payah air lagi? Cuak plak kak. Haha

      Delete
    3. selongkar jangan tak selongkar hehehehehe..:-)
      sebenarnya akakpun buat pakaai trial and error dgn belajar kat youtube. Macam akak ckp, akak belajar cara lain tapi akak dah alter dan hasilnya mmg lebih mabeles. Adk cuba rujuk kat http://www.youtube.com/watch?v=0e2CRwfPdE4, kat sini yang akak tiru hehehehe, harap lebih jelas.

      Delete
    4. dalam video ni , chef letakkan doh kat tepi2 tutup periuk dan chef masukkan dlm oven tapi akak letak atas dapur je dan letak benda berat atas tutupnya. Masak dalam 10-15 minit atau bila kita buka tutup periuk, ada stim/air kat tutup tu, kira dah masak lah.

      Delete
    5. Orait kak. Nanti sy study video tu. Hihihi. Buat raya nnt best gak kan. Hihi.

      Tq kak :)
      Selamat Hari Raya

      Delete
    6. Wah best tu, akak buat nasi hujan panas saja untuk raya ni..selamat hari raya juga utk adik.

      Delete
  3. nk tnya...masukan ayam baryani beserta kuah atau just ayam baryani yg di masak sblm nya tu je.(tang tu yg kompius). masak nasi separuh masak yg berlapis td tanpa apa2 air ker? terima kasih. nk try masak esok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masukkan semua sekali, ayam beserta kuahnya. tanpa air.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...