Wednesday 26 July 2017

Somtam Mangga


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama betul tak bersiaran, dah boring tengok gambar daging masak black pepper tu hahaha. Cik Wan dah kurang sibuk sekarang selepas Makan Malam Amal PIBG dah selamat dan sempurna dilaksanakan pada 22 Julai lepas. Berbulan-bulan dok mengadap projek besar tu. Alhamdulillah, selesai akhirnya. Nanti Cik Wan update mengenai MMA tu..masih lagi dok mengutip dana sekarang ni.
Apa-apapun, jom kita lihat resepi untuk hari ini.

Bahan-bahannya;

1 biji mangga muda agak besar - sagat atau cincang
2 ulas bawang putih- ketuk
3-4 tangkai kacang panjang- potong dalam 2 inci
6 biji buah tomato ceri - belah dua
2 biji cili padi- nak pedas boleh tambah lagi
2 sudu udang kering untuk somtam
2 sudu kacang tanah- goreng tanpa minyak (tak letak hari ni)
2 sudu gula somtan (Rujuk gambar di bawah)
1 1/2 sudu ikan secukupnya.
1 biji limau nipis- ambil airnya.



Cara-cara menyediakan somtam;
  1. Masukkan cili padi dan bawang putih dalam mangkuk- lenyekkan  manja menggunakan sudu/senduk kecil
  2. Masukkan gula somtam-lenyekkan semua bahan. 
  3. Masukkan sos ikan dalam 1 1/2 sudu.
  4. Masukkan udang kering-lenyek manja
  5. Masukkan kacang panjang- lenyek manja
  6. Masukkan tomato - lenyek manja
  7. Masukkan asam limau.
  8. Masukkan  parutan mangga. Lenyekkan juga dengan sudu tadi. Rasakan biar masin, manis dan masam secukupnya. Siap.
  9. Masa hidang, taburkan kacang tanah. (kalau ada letakkan setangkai kangkung muda..yummehhh)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...