Sunday, 28 May 2017

Colek buah lepas terawih..perghhh !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semuanya sihat dan dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik hari ini.

Balik dari terawih tekak memang kering..lapar dan dahaga tapi dah tak mahu makan berat-berat. Apa lagi, makan coleklah kita malam-malam ni. Ni gambar semalam, tapi malam nipun kami anak-beranak dok mengadap lagi colek buah yang pedas berapi ni. Menyesal pula letak cili banyak, maklum, kami ni bukan tahan pedas sangat hehehe.


Ini bahan yang Cik Wan guna. Ada pengaruh Siam sedikit tapi memang wallahhh, sedap!!. Tak ada dalam gambar ialah garam, cuka, gula nise 2 keping, yang nampak sedikit tu ialah udang kering dan kicap manis.

Caranya;

  1. Tumbuk lumat cili padi, belacan, garam dan bawang putih.
  2. Masukkan nise, tumbuk lumat dan masukkan cuka. Golek2 alu lesung supaya bahan tumbuk sebati.
  3. Masukkan kicap dan udang kering, golek2 lagi jangan sampai udang hancur sangat.
  4. Siap!!.

Jadi macam ni lebih kurang. Jangan cair sangat ye.


Letak depan TV, lapik dengan surat khabar lama...waduuuhhh.!!! sedapnyee.
Selamat mencuba.



Saturday, 27 May 2017

Daging Rebus sangat sedap dan tak muak..



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa kepada semua sahabat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelum ini dan bukan yang terakhir untuk kita semua. Semoga semuanya sihat sejahtera dan dapat beribadat dengan tenang serta mudah.

Resepi pertama untuk iftar pertama kali ini sangat mudah sekali. Hari ini Cik Wan dan Mr A hanya berbuka puasa dengan daging rebus, udang galah goreng, ulam dan budu campur mangga parut, cili padi dan asam limau nipis.

Resepi daging rebus ni Cik Wan belajar daripada Cik Ma atau  Rosmawati Razali yang bertugas di SK Berangan, Kelantan. First time cuba dan rasanya memang tak dapat dipertikai lagi. Sangat sedap, segar dan tidak muak.

Jom lihat caranya:

Rebus daging bahagian urat keting (lebih sedap untuk singgang atau sup atau rebus). Masukkan sebatang serai. Cik Wan gunakan Noxxa HP 35m. Dah siap, buang serai dan masukkan dalam periuk biasa. Potong nipis daging dan rebus/panaskan sebelum dimasukkan rencah.



Untuk hidangan 1 mangkuk besar daging rebus, gunakan:

4-5 biji cili padi-tumbuk kasar
2 ulas bawang kecil- tumbuk kasar
1 biji asam limau nipis
4-5 helai daun bawang-potong pendek

Perisa:

Garam secukupnya- tadi Cik Wan guna 1 sudu kecil garam
Gula secukupnya- tadi Cik Wan secubit dua sahaja
Ajinomoto- jika suka

Cara penyediaan;


  1. Masukkan daging dan kuah yang panas-panas ke dalam mangkuk hidangan.
  2. Masukkan bahan perisa garam gula dan ajinomoto.
  3. Masukkan bahan hiasan.
  4. Kacau mesra dan rasa- tambah apa yang patut. (mesti ada masam, masin dan manis sedikit)
  5. Siap!!!.
Sedapnyaaaa.....boleh dihidang masa berbuka ataupun bersahur, Selamat mencubaa...



Friday, 19 May 2017

Muffin Telur untuk sarapan


Assalamualaikum. Selepas membuat akok, banyak lagi telur yang lebih. Jadi pagi esoknya Cik Wan sediakan Muffin Telur untuk sarapan. Sangat mudah dan bahan-bahannya boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan masing-masing.

6 biji telur- pukul bersama garam dan lada sulah/lada hitam(ikut suka)

Sayur yang Cik Wan guna ialah bawang Holland didadu, buah tomato dibuang biji dan dadu, daun kucai hiris halus dan cili besar didadu. Nak letak sayur lain pun boleh seperti brokoli, cendawan, daun sup/bawang..macam2 boleh letak.

Kacau sebati semua bahan.

Masukkan dalam bekas muffin, tabur dengan daging burger cincang/hotdog/seafood/brisket/salami dan macam-macam lagi..ikut suka ya. Nak tabur keju pun boleh..lagi lemak berkrim hehehe.
Bakar api atas bawah dengan suhu 170 C selama 13-15 minit.

Tadaaa....dah siap, Cicah dengan sos cili atau apa2 sos yang anda suka. Senangkan?

Selamat mencuba..

Akok Asli sedap sekali


Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Hanya gambar dapat Cik Wan titipkan untuk pengunjung blog MRRJ. Akok asli yang sangat sedap cukup lemak dan manisnya. Memang berbaloi untuk membuatnya.

Kali ni Cik Wan membuatnya menggunakan dua acuan. Acuan muffin yang biasa dan acuan nekbat arwah mek. Hasilnya berbeza rupa sahaja. Cik Wan lebih sukakan acuan muffin kerana kemenjadiannya lagi cantik sekali. Acuan nekbat arwah mek agak tohor/cetek jadi akoknya agak nipis.


Dua adunan dapat menghasilkan hampir 45 biji akok. Resepinya ada di .SINI.


Agak-agaknya kalau jual, berapa harga ni? hehehe.


Apa tunggu lagi...jom kita buat Akok Asli Cik Wan...selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...