Sunday, 19 March 2017

Lempeng dengan Salad Udang....cuba sekali nak lagi dan lagi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berbulan tak dapat mengemaskini blog. Macam biasalah di awal2 tahun ni memang Cik Wan sibuk dengan anak-anak serta kerja-kerja sekolah. Aktiviti memasak tetap diteruskan dan hanya mampu update gambar di FB sahaja. Resepi ni dah lama ada di FB Cik Wan hanya hari ini sempat dimasukkan di sini.

Menu ini resepi daripada pasukan Pandu Puteri sekolah Cik Wan yang menang dalam pertandingan memasak  peringkat zon PPDHL. Cik Wan try dan sangat sukakan rasanya yang sangat berbeza..sangat segar dan mengenyangkan. Anak2 pun suka. Jom tengok resepinya ya.

Bahan lempeng:

1 gelas tepung gandum
1 gelas air (boleh tambah kalau adunan terlalu pekat/lempeng terlalu tebal)
1 biji telur
1 1/2 sudu gula
1 sudu kecil garam.

Adun sebati dan sedia untuk dilempengkan...bukan lempang ye hehehe

Bahan untuk salad udang;

1 mangkuk isi udang yang telah direbus
1 labu bawang merah besar/boleh juga guna bawang Holland
1 mangkuk kecil hirisan karet
1 mangkuk kecil hirisan daun ketumbar
1 mangkuk kecil mayonis
1 sudu serbuk cili kasar
Sedikit air asam limau nipis
Secubit garam

Gaul sebati dan sedia untuk dimasukkan dalam lempeng

Boleh mula menggulung lempeng..bukan macam popiah tapi hanya gulung sahaja.
Mula-mula letakkan daun salad di atas lempeng, bubuh inti salad udang dan gulung.
Sapu sedikit mayonis dan tabur serbuk cili di atasnya. Dalam gambar Cik Wan tak sapu..lupa!! heheh.
Dah siap!!.

Sedapnyaaa...selamat mencuba ya!!.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...