Sunday, 22 January 2017

Siakap Kukus Bawang putih



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Harga ikan melambung tinggi sekarang ni. Cik Wan terpaksa ke Pasar Borong Selangor kerana sakit hati dengan harga ikan yang melampau2 tinggi di kedai acheh dekat dengan rumah ni. Bayangkan ikan sardinpun RM14.50 sekg...tak payah cakap harga ikan lain la. Jadi lepas subuh pagi  Sabtu semalam Cik Wan ajak Mr A ke Pasar Borong Selangor..huhh RM200 penuh peti ais lengkap dengan sayur-sayuran dan buah-buahan lagi. Jimatlah seminggu dua ni.

Zahirah dan Zikry memang sukakan ikan siakap. Paling digemari ialah Siakap Radd Prik tetapi Cik Wan teringin nak makan cara kukus..esok lusalah mama masak Raad Prik tu ya. Jom, tengok resepi dan cara memasaknya. Senang sangat!




Bahan-bahannya;

1 ekor ikan siakap- bersihkan dan lumur dengan garam dan sedikit lada sulah.

Bahan kuah;

1 labu bawnag putih- cincang
5 biji cili padi- cincang
2 batang serah- ketuk/hiris
2 tangkai daun ketumbar
1 kiub ayam
2 biji limau nipis
2 sudu gula somtam/gula biasa
3 sudu soso ikan
1 gelas air suam

Masukkan semua bahan di dalam periuk. Panaskan sekejap sahaja untuk cairkan gula.
PENTING: Pastikan rasanya sempurna masam, masin dan manis.
Kukus ikan selama 20 minit. Angkat dan tuang semua bahan sos. Siap!!.

Wallahhhh....
 Selamat mencuba...

Saturday, 21 January 2017

Sardin Goreng Mengancam Sedapnya


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sedap sungguh makan ikan sardin goreng ni . Balik dari sekolah semalam, tanpa sempat tukar baju Cik Wan dah masuk dapur. Kelaparan sangat. Nak masak lauk yang dalam freezer lambat pulak defrostnya. Maka Cik Wan pun campak2 la bahan untuk goreng sardin ni. Habis setin sardin Cik Wan, Alis dan Zikry makan. Betullah orang kata, makan yang paling sedap ialah makan masa lapar. Kita tak banyak komplen..telan je hehehe.

Terpikir pulak nak masak apa untuk Mr A petang nanti..tak apalah, apa yang sedap untuk kita diharapkan sedap juga untuk dia hahaha. Cik Wan goreng lagi setin sardin dimakan bersama semangkuk tumis kubis. Cukup dah..alhamdulillah. Mr A puji sedap kedua-duanya. Kembang semangkuk Cik Wan yang dah kembang semacam ni :p Jom tengok bahan dan resepi bergambar ni. Selamat mencuba ya.

Nak lagi pedas, kasi tambah cilinya ya..ummpphh


Tumbuk..kalau malas, dadu jer. Jangan blend takut banyak air, lama pulak nak kena tumis.


Tumis agak2 nak brown ya

Masukkan garam dan perah asam limau nipis.


Kacau hingga kuahnya kering dan ikannya garing2 manja hehe. Siap!!!


Makan dengan nasi panas2 atau roti..hujan pulak kat luar tu, alamak!! Sedar2 dua pinggan habis hahaha

Selamat mencuba ya..

Wednesday, 11 January 2017

Laksa Siam sedap yang amat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih belum terlambat rasanya untuk Cik Wan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pengunjung blog ini. Semoga tahun 2017 ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Semoga memperoleh kebahagiaan di sisi keluarga dan kawan-kawan, semoga mencapai setiap impian dan idaman, semoga kesihatan kita semakin baik, semoga ibadah sebagai bekalan ke sana bertambah dan berkualiti...amin ya Rabbal A'lamiiin.

Masakan Thai memang masakan paling digemari oleh Cik Wan sekeluarga selepas masakan Kelantan. Jadi Cik Wan suka explore resepi-resepi baru yang tak pernah dimasak sebelum ini. Sudah selalu makan Laksa Thai atau Laksa Siam (Kanom Jeen Namya)  tetapi baru pertama kali ini Cik Wan membuatnya. Kanom Jeen bermaksud Laksa dan Namya bermaksud kuah kari. Jadi namanya lebih kurang Laksa Kari.  Rasa nak menangis pula sebab rasanya sangat sedap malahan lebih sedap daripada yang Cik Wan makan sebelum2 ini...hahahah. Bukan masuk bakul angkat sendiri tetapi memang terasa seperti satu pencapaian hebat pula bila berjaya memasaknya setelah hampir dua hari meneroka resepi daripada blog-blog Thai dan juga Youtube.


Ada pelbagai cara memasak Laksa Siam ini tetapi cara yang Cik Wan pilih ini merupakan cara yang paling mudah dibuat. Laksa yang digunakan mestilah laksa segar barulah ada umphh!!!. Kalau gunakan laksa kering yang biasa digunakan untuk laksa asam tu memang faillah.. tak jadi. Tapi kalau gunakan laksa kering yang diperbuat daripada 100% beras mungkin boleh.

Bahan terpenting untuk Laksa Siam adalah cekur.

Cik Wan guna 4 batang isi cekur ini.
Gambar: Ihsan Google
Resepinya memang mudah kerana semua bahan rempah yang digunakan boleh digunakan untuk merebus ikan dan untuk memasak kuahnya sekali. Jom, tengok resepi dan bahannya.


Bahan-bahannya:

Bahan A

10-15 biji cili kering- potong (boleh tambah atau kurang)
5 biji cili padi kering- potong
2 batang serai-hiris
3 inci lengkuas-hiris
4 batang isi cekur
1 inci kunyit
5 ulas bawang merah saiz sederhana
4 ulas bawang putih
Sedikit garam.

6 ekor ikan sardin- Orang Thai gunakan isi ikan keli, ikan talapia atau ikan siakap. Gunakan ikan yang anda suka.
Air secukupnya.

Cara membuatnya;

  1. Masukkan semua bahan A dalam periuk.
  2. Masukkan air.Masukkan garam.
  3. Rebus hingga menggelegak.
  4. Masukkan ikan. Rebus hingga masak.
  5. Keluarkan ikan, 
  6. Asingkan isi ikan dengan tulang. Buang tulang ikan.
  7. Tapiskan bahan rempah. Simpan air rebusan.


Bahan B (kuah)

Bahan rempah yang direbus.
Isi ikan
Air rebusan
Sedikit belacan
Sos ikan/garam
Asam jawa
Gula
Asam limau nipis
Santan daripada 2 biji kelapa.

Cara membuatnya;


  1. Mesin rempah yang telah direbus bersama belacan dan 1/2 santan hingga lumat.
  2. Masukkan dalam periuk dan kacau hingga rempah masak/naik warna/pecah minyak.
  3. Mesin isi ikan hingga lumat dan masukkan dalam kuah santan. Masukkan sekali air rebusan bersama 1/2 lagi daripada santan.
  4. Masukkan asam jawa, sos ikan/garam dan gula.
  5. Kacau hingga menggelegak dan sedikit pekat. Rasakan. Tambah apa yang patut.
  6. Tutup api, perah sedikit asam limau. Siap.
Bahan C.

Daun selasih/kemangi (selasih daunnya agak purple, kemangi warna hijau)
Taugeh
Kacang panjang
Timun
Telur rebus

Bahan D
Laksa secukupnya.


Macam panjang sahaja resepinya tetapi sebenarnya sangat mudah kalau betul perancangannya. Baca dan fahamkan dulu resepi, in sya Allah senang sahaja hendak membuatnya. Selamat mencuba ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...