Monday, 2 May 2016

Kerabu Maggie Thai





Assalamu'alaikum sahabat semua. Semoga dalam rahmat  dan keampunan Allah sentiasa. Malam ni Cik Wan masak Kerabu Maggie Thai. Allahuakbar..sedap sungguh. Bukan nak puji diri sendiri hehehe..

Cik Wan guna mee segera Thai yang banyak dijual di Kelantan. Mee ni halal, in sya Allah. Katanya kalau guna mee segera jenama lain tak berapa nak jadi..wallahu'alam, tak pernah cuba lagi. Inipun baru kali pertama cubaan hahaha.

Bahan yang Cik Wan guna malam ni simple sangat, semalam baru balik dari KB belum sempat nak beli lauk lagi, guna apa yang ada dalam peti ais sahaja. So, kalau nak tambah seafood banyak2..silakan ya.

Bahan-bahannya;

3 bungkus Maggie Thai/Siam (dalam gambar)
1 biji buah tomato-hiris
1/2 labu bawang besar- Cik Wan guna bawang besar Holland
Sejengkal batang celery
Segenggam daun ketumbar
1 biji cili merah besar
1 sudu sos ikan-jika suka
1 sudu air asam limau-jika suka
2 peket rempah maggie siam - (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).

*kenapa Cik Wan kata jika suka untuk sos ikan dan air asam limau?..kerana sos maggie siam ni dah masin, masam dan pedas.

Bahan Lauknya:
Sotong
Udang
Fish cake
Crab stick
Fish ball
Cik Wan hanya ada udang dan fish cake jer..udang pula dibuang kulit dan dibelah dua baru sedap dimakan.





Cara-caranya:

  1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera.
  2. Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
  3. Masukkan seafood. Udang dahulu baru fish cake. Sebentar sahaja. Bila dah mengerekot, terus angkat. Kalau sotong, jangan rebus bersama dengan udang, rebus sejenis-sejenis...jangan main lebur jer tau..kadar masak dia berbeza.
  4. Keluarkan seafood. 
  5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera. 
  6. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!





Langkah seterusnya..

  • Masukkan semua bahan sayur dan seafood dalam mangkuk mee.
  • Masukkan 3 senduk air rebusan, sos ikan dan asam limau nipis serta 1 peket rempah mee siam tadi.
  • Gaul rata. Siap!!!

Adoiiii!!!! memang sedap tak terkata. Selamat mencubaa.......

4 comments:

  1. Assalamualaikum Cik Wan... nampaknya dah ligat di dapur... meh meriah-meriahkan lagi dunia masakan tanahair. Maggie pun sodap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..hehehehe seronok bila Amie singgah di sini. Terima kasih Amie...jooommm!!!

      Delete
  2. ada jual kat kb che wan? nti blk boleh cari.pernah mkn sekali maggi ni kawan blk dr hatyai bg mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kot Suzie..sebab kat kelate mmg femes maggie kerabu ni skrg. Cik Wan beli ni kat Tumpat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...