Sunday 12 July 2015

Biskut Samperit Bunga yang nyum nyum...




Ini hasil gentelan yang kedua..first time cuba acuan semperit yang ditempah dari Taiping...memang cantik acuannya, tapi tuan yang buat kuih ni tak berapa pandai..tak ada sentuhan seni..aduuuhhh...bolehlah, seperti kata orang tua-tua..tak ada rotan akarpun berguna.
Jom tengok resepinya.

Biskut Samperit.

Sumber : FB dikongsi oleh Siti Hajar Hasyim


Bahan-bahannya;

250 gram mentega
2 biji kuning telur
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung kastad
21/2 cawan tepung gandum
1 sudu esen vanila
Ceri merah untuk hiasan


Cara-caranya:

  1. Pukul gula, mentega hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sebati.
  3. Masukkan semua tepung, kacau dengan sudip kayu hingga sebati- kalau susah, uli je dengan tangan macam Cik Wan buat.
  4. Dapat adunan yang lembut. 
  5. Tutup dengan plastic wrap/tuala dapur semasa sedang menerap supaya adunan tidak mengeras. 
  6. Hias dengan ceri merah atau hijau atau coklat cip...mana2 yang anda suka.
  7. Bakar dengan suhu 160 - 180 darjah selama 15-20 minit.
  8. Untuk pastikan kelopak biskut tidak jatuh selepas dibakar, biarkan biskut yang telah diterap selama 15 minit sebelum dibakar.
Selamat mencuba...



2 comments:

  1. cantik samprit cikwan gambar ke2 kalau dpt nak jugak acuan special tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Noor, nanti saya tempahkan untuk kak Noor...kena tunggu kawan cik wan balik cuti ke Taiping,,in sha Allah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...