Sunday 12 July 2015

Biskut Samperit Bunga yang nyum nyum...




Ini hasil gentelan yang kedua..first time cuba acuan semperit yang ditempah dari Taiping...memang cantik acuannya, tapi tuan yang buat kuih ni tak berapa pandai..tak ada sentuhan seni..aduuuhhh...bolehlah, seperti kata orang tua-tua..tak ada rotan akarpun berguna.
Jom tengok resepinya.

Biskut Samperit.

Sumber : FB dikongsi oleh Siti Hajar Hasyim


Bahan-bahannya;

250 gram mentega
2 biji kuning telur
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung kastad
21/2 cawan tepung gandum
1 sudu esen vanila
Ceri merah untuk hiasan


Cara-caranya:

  1. Pukul gula, mentega hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sebati.
  3. Masukkan semua tepung, kacau dengan sudip kayu hingga sebati- kalau susah, uli je dengan tangan macam Cik Wan buat.
  4. Dapat adunan yang lembut. 
  5. Tutup dengan plastic wrap/tuala dapur semasa sedang menerap supaya adunan tidak mengeras. 
  6. Hias dengan ceri merah atau hijau atau coklat cip...mana2 yang anda suka.
  7. Bakar dengan suhu 160 - 180 darjah selama 15-20 minit.
  8. Untuk pastikan kelopak biskut tidak jatuh selepas dibakar, biarkan biskut yang telah diterap selama 15 minit sebelum dibakar.
Selamat mencuba...



Biskut Suji Kristal Yang Comel




Dalam sibuk2 ni Cik Wan sempat juga menggentel dua jenis biskut semalam. Biskut yang mudah tapi sedap sesuai untuk orang yang tak berapa pandai baking membaking seperti Cik Wan ni. Resepi ni kawan Cik Wan share dalam facebook..memang mabeles sebab sedap dan senang nak membuatnya..ayuhh adik2 yang sekapal dengan Cik Wan boleh cuba biskut ni. Jom, tengok bahan-bahannya;


Sumber: FB eyna

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
1 cawan minyak sapi
1 1/2 cawan gula kaster (1 cawan masuk dalam adunan dan 1/2 cawan untuk coating)

Cara-caranya:


  1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
  2. Bahagikan kepada 3 bahagian. 
  3. Uli 2 bahagian dengan warna hijau dan merah.
  4. Cubit sedikit2 setiap warna (kuning, hijau dan merah) dan gentel bulat seperti ondeh2. (Kecil sahaja tau, sebab nanti jadi kembang besar)
  5. Susun dalam loyang dan bakar selama 18-20 minit dalam suhu 180 darjah.
  6. Sejukkan.
  7. Golek-golekkan biskut dalam gula kaster yg 1/2 cawan tadi.
  8. Masukkan ke dalam paper cup yang disukai..siap.
  9. Dapat dalam 115-120 biji biskut. Senangkan?

Selamat mencuba :)


Wednesday 8 July 2015

Daging Dendeng Dua Resepi


Alhamdulillah..setelah sekian lama teringin nak memasak daging dendeng ni...baru kali ni menjadi kenyataan. Dulu masa tinggal di Perak, inilah di antara juadah kegemaran saya setiap kali jiran-jiran atau surau di kawasan perumahan membuat kenduri. Pendek kata..tak ambil lauk lain lah :)

Berpandukan kepada dua resepi (Tahrunnisa dan Nizayati) dan juga resepi yang pernah dijumpai di dalam majalah masakan suatu masa dulu, hasilnya sangat membanggakan. Sedapnya memang tak terkata, malah Mr A yang payah untuk menerima masakan yang tidak dia biasa pun turut memuji sangat sedap malah boleh diratah begitu sahaja.  Mari kita tengok bahan dan caranya ye..


Bahan-bahannya:

Bahagian A

500gm daging (Cik Wan guna daging batang pinang import)
1 sudu rempah ketumbar- tumbuk
air + air kelapa secukupnya untuk merebus daging. (tekniknya Cik Wan dapat dari resepi Dendeng Indonesia)

*rebus daging hingga empuk (jangan lama sangat)
*hiris nipis daging
*tumbuk daging - cik wan tak tumbukpun sebab daging lembut sangat dah.
*Air rebusan disimpan sedikit.


Bahagian B

15 ulas bawang merah- dimayang dan digoreng (jadi bawang goreng)
*untuk lebih sedap, tips daripada kawan Cik Wan Puan Hani Azlina, berat bawang yang dijadikan bawang goreng mesti sama dengan berat daging.

Bahan C

1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
2 sudu serbuk cili/cili boh

*Semua dimesin/tumbuk lumat.

Bahan D

1/2 kuntum bunga lawang
1/2 inci kulit kayu manis
1 batang serai-ketuk/titik
3 helai daun limau purut
1/2 inci lengkuas

Kicap lemak manis secukupnya- nanti jangan hitam sangat
1 sudu kecil asam jawa- bancuh dengan sedikit air
Garam secukupnya




Cara memasaknya:


  1. Gunakan satu kuali sahaja.
  2. Mula2 dengan minyak yang banyak, gorengkan bawang merah. Sudah garing, keluarkan dan toskan.
  3. Gorengkan daging yang sudah ditumbuk/hiris. Goreng sebentar sahaja. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan minyak daripada kuali, tinggalkan dalam 3 sudu sahaja.
  5. Tumiskan bahan mesin (Bahan C). Tumis hingga cilinya garing betul.
  6. Masukkan air asam jawa.
  7. Masukkan Bahan D. Kacau.
  8. Masukkan daging dan bawang goreng. 
  9. Masukkan kicap dan garam sedikit-sedikit.
  10. Masukkan sedikit air rebusan.
  11. Kacau hingga daging mesra sebati.
  12. Jika suka berkuah...banyakkan air rebusan.
  13. Cik Wan kacau hingga hampir kering sahaja.
  14. Siap!!!

Banyak stepnya tapi berbaloi-baloi....selamat mencuba :)




Wednesday 1 July 2015

Colek Kerang yang menggoda...



Makan colek kerang lepas solat terawih..memang mabeles!!! Satu satu..satu lagi..tengok2 dah habis kerangnya hehehehe..

Ada orang suka makan kerang rebus atau bakar ni dengan sos cili atau sos cili Thai. Cik Wan suatu masa dulupun macam tu..sebelum kenal dengan colek asam ni. Sekali makan cicah ni..sos cili bagai tu tak main lah lagi :)

Jom tengok bahan-bahannya;



Ni je bahan-bahannya..boleh makan untuk 2 kg kerang..cili padi (boleh tambah jika suka pedas berapi), belacan (tepi asam jawa tu), nise, limau nipis, garam, seulas bawang putih. Tumbuk lumat semua bahan ni kecuali asam jawa dan limau nipis.

Bancuh asam jawa dengan sedikit air suam (dlm 1/3 cawan air)..masuk dalam lesung tadi, dan perah asam limau nipis...kacau sebati..done!!!

Selamat mencubaaaa....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...