Wednesday, 24 June 2015

Kerabu Ikan Bilis Gaya Thai


Simple sahaja lauk berbuka puasa Cik Wan hari ni. Kerabu Ikan Bilis, Sup Daging dan Telur Dadar. Jom tengok resepi kerabu yang mudah ni.

Bahan-bahan sos:

1 batang serai- dimayang halus
1 ulas bawang putih dimayang halus
2 sudu sos ikan- boleh gantikan dengan garam
1 sudu gula
4 biji cili padi dipotong kecil.
1 biji limau nipis ambil airnya.

*Satukan semua dan kacau sebati..sedia untuk digunakan.



Bahan-bahan kerabu:

1/4 labu bawang besar
1 biji timun/timun jepun- jika suka
1/2 biji tomato
Daun ketumbar
Ikan bilis yang digoreng rangup.




Bila hampir waktu berbuka, baru satukan dan gaul semua bahan. Siap.


4 comments:

  1. Mesti rangup je rasanya ye Cik Wan... idea yang sangat bagus, bila tiba aktu berbuka baru satukan semuanya! Tq for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome Amie..memang rangup krup krap krup krap hehehehe

      Delete
  2. Dari mana rasa masam tu ye selain dari tomato? Sebab selalu makan kat kedai ada rasa masam macam air perahan limau.. Maaf tanye je.

    ReplyDelete
  3. MR, memang dari perahan limau nipis..untuk resepi ni saya gunakan sebiji limau nipis

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...