Friday, 3 April 2015

Tepung Pelita Asli Resepi Hajah Mek Embong Kedai Menanti






Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Hari ni Cik Wan cuti gara-gara pengasuh terpaksa balik kampung atas urusan keluarga. Minggu lepas dia dah balik kampung dan Mr A cuti, kali ni Cik Wan pulak kena cuti..Mr A sibuk sangat. Ada peluanglah Cik Wan update blog yang dah berhabuk  ni.

Hari ni Cik Wan nak kongsi resepi Tepung Pelita Asli..kenapa Cik Wan kata asli? sebab sekarang Cik Wan jarang jumpa lagi Tepung Pelita macam zaman2 dahulu. Tepung Pelita dulu2 dibuat dalam bekas daun pisang, sangat lembut malah seakan2 cair kuihnya. Manis dan lemak serta harum dengan bau daun pisang dan daun pandan. Sekarang ni Tepung Pelita dah macam kuih talam, semua pekat keras ..dah hilang ciri2 tradisionalnya..sekali sekala buat yang tradisi sangat puas hati walaupun tidak menggunakan bekas daun pisang...Cik Wan fail bab2 buat bekas ni. Masa Mek berjualan kuih ni, Cik Wan tukang lap dan koyakkan daun pisang sambil potong lidi kelapa untuk menyemat bakul daun pisang ni..jadi cepat sikitlah kerja Mek...tu yang tak pandai2 sampai sekarang ni hahahaha.

Tepung pelita ni agak remeh nak membuatnya sebab ada beberapa langkah utama..yang pertama sediakan bekasnya. Kedua sediakan santannya dan akhir sekali kuih hijaunya sebelum dikukus. Hari ni Cik Wan tunjuk step by step seperti mana yang dibuat oleh Mek dulu...in sya Allah..hasilnya memang sangat puas hati..selamat mencuba ya..

Bahan untuk santannya;

2 biji kelapa parut.
5 gelas air
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung beras- bancuh dengan santan

Cara membuatnya;
  1. Perah kelapa menggunakan 5 gelas air.
  2. Masukkan ke dalam periuk, tambahkan 1/1/2 sudu garam.
  3. Masakkan hingga panas dan masukkan bancuhan tepung beras.
  4. Kacau hingga menggelegak.
  5. Tutup api.
Bahan untuk kuih hijau;

2 gelas tepung beras
7 helai daun pandan- blend dengan 2 gelas air.
5 gelas air
2 sudu teh air kapur makan.
1/2 sudu kecil garam.
1 sudu besar gula.

Cara membuatnya;
  1. Satukan semua bahan di atas dan kacau hingga berkilat seperti lilin.





 Cara mengukus tepung pelita;



Sediakan bekasnya..Cik Wan guna bekas plastik saiz sederhana dan alas dengan daun pisang.

Masukkan satu sudu teh gula ke dalam bekas. Kukus sebentar bekas gula ini.





Masukkan tepung hijau dan kukus sebentar dalam 3 minit.

Angkat dari kukusan dan taburkan 1/2 sudu teh gula lagi atas tepung hijau.
Kemudian terus tuangkan santan pekat yang telah dimasak tadi.



Dah siap.....sedap dimakan panas dan sejuk...Allahuakbar..sedap sungguh, berbaloi buat walaupun agak remeh. Cik Wan terus telefon Mek dan dia gembira sangat sambil bagi tip2 tambahan untuk lebih sedap...suka sangat dia..walaupun semua anak perempuannya pandai masak Tepung Pelita, hanya Cik Wan yang selalu buat...agaknya sebab Cik Wan suka makan haahaha..

Sukatan sebanyak ni dapat menghasilkan dalam 20 bekas Tepung Pelita. Selamat mencuba!!












5 comments:

  1. nampak ringkas ye...makan sejuk best nih

    ReplyDelete
  2. Sdap molek napok.. Tq for the recipe..

    ReplyDelete
  3. Hak hijau tu kena masak ats dapo ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kacau atas dapur hingga masak berkilat

      Delete
  4. Thnks 4 sharing..its looks yummy

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...