Thursday 23 April 2015

Spaghetti Meatballs yang ringkas..


Hari ni masih memenuhi selera Si Alis yang baru balik bercuti. Asalnya nak buat Mee Celup, tapi dah penat sangat balik dari sekolah tadi..akhirnya tukar jadi spagheti meatballs..senang dan cepat..yang penting bebudak tu suka...jom, tgk resepi yang semudah ABC..

Bahan-bahannya: (kuantitinya agak banyak, boleh kurangkan ikut keperluan ye)

3 tin sos Prego (2 tin hijau dan 1 tin merah)
2 labu bawang besar Holland- dadu
2 ulas bawang putih- dadu
1 sudu serbuk cili- optional
6 biji tomato saiz sederhana- dadu
3 helai daun bay
1 sudu kecil serbuk oregano
Garam
Gula
1 tin cendawan butang- saya guna ayam brand- hiris
2 sudu daun parsley- saya guna yang kering sahaja(optional)
10-15 biji meatballs

Cara-caranya;

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan 1 sudu serbuk cili. Kacau.
  3. Masukkan buah tomato- kacau dan masukkan meatballs bersama sedikit air. Masukkan juga daun bay.
  4. Masak hingga air kering dan naik minyak (untuk pastikan meatballs benar2 masak dan lembut)
  5. Masukkan sos prego. Basuh tin prego untuk mengeluarkan baki sos yang terlekat- lebih kurang 1/2 tin air untuk setiap tin sos.(maksudnya air lebih kurang 1 1/2 tin keseluruhannya)
  6. Kacau dan masukkan hirisan cendawan, serbuk oregano, serbuk parsley. 
  7. Rasakan masin dan manisnya. Tambah garam dan gula jika perlu. Masak hingga menggelegak.
  8. Siap.
Hidangkan bersama pasta pilihan anda...senang kan?

4 comments:

  1. Ringkas tapi tetap menyelerakan! Sedapnya... lama tak pekena spaghetti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..bila bebudak balik cuti inilah menu wajib mrk..kita ni sekali sekala boleh lah hahaha

      Delete
  2. nanti buat mee celup plak yer cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tau2 aja Adda, cikgu mmg plan nak buat mee celup minggu ni..requested by Alis..habis cuti ni gemuk la dia hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...