Sunday, 12 April 2015

Pulut Mangga aka Mango and Sticky Rice (3)


Lama betul mengidam nak makan pulut mangga ni..hari ni tercapai sudah. Resepi asal ada kat SINI dan kat SINI. Kali ni Cik Wan guna versi Thai pulak. Malangnya Cik Wan malas nak buat Mung Bean atau kacang hijau yang dibuang kulit luar, direbus dan disangrai. Lain kali kalau ada Alis atau Aifaa kat rumah, Cik Wan buatkan Mung Beannya. Senang kalau ada pembantu hehehe.

Bahan-bahannya:
2 gelas beras pulut- basuh bersih dan rendam sekurang-kurangnya 5 jam.
2 biji kelapa parut putih- perah dengan 4 gelas air (Cik Wan guna gelas plastik IKEA) menghasilkan 4 gelas santan pekat.
1 1/2 cawan gula.
Mangga secukupnya
2 sudu kecil garam- untuk pulutnya
2 sudu kecil garam untuk sos santannya (Cik Wan guna sudu plastik ais krim)
1 sudu tepung beras.


Cara-caranya:
  1. Kukus pulut lebih kurang 30 minit.
  2. Sambil mengukus, sediakan santan untuk pulutnya.
  3. Masukkan 2 gelas santan ke dalam periuk.
  4. Masukkan gula dan garam.
  5. Kacau dengan api perlahan hingga gula hancur. Jangan sampai menggelegak atau pecah minyak
  6. Keluarkan pulut, masukkan ke dalam bekas untuk dikacau.
  7. Satukan santan dan pulut, kacau sebentar.
  8. Tutup rapat dan biarkan 10 minit.
  9. Kemudian kacau lagi, tutup semula biarkan 10 minit lagi.
  10. Kacau dan pastikan semua santan sudah diserap oleh pulut. Siap.
Untuk sosnya:
  1. Masukkan 2 gelas santan ke dalam periuk.
  2. Masukkan garam kacau.
  3. Bancuh tepung beras dengan sedikit air.
  4. Masukkan ke dalam santan yang sedang dimasak.
  5. Kacau jangan tinggal hingga menjadi sos pekat. 
  6. Tidak perlu menggelegak kuat. Siap untuk dihidang bersama mangga dan pulut.
Potong mangga mengikut citarasa, letakkan pulut dan hiaskan dengan sos santan..yummmyyy!!! Senang kan?




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...