Thursday 23 April 2015

Spaghetti Meatballs yang ringkas..


Hari ni masih memenuhi selera Si Alis yang baru balik bercuti. Asalnya nak buat Mee Celup, tapi dah penat sangat balik dari sekolah tadi..akhirnya tukar jadi spagheti meatballs..senang dan cepat..yang penting bebudak tu suka...jom, tgk resepi yang semudah ABC..

Bahan-bahannya: (kuantitinya agak banyak, boleh kurangkan ikut keperluan ye)

3 tin sos Prego (2 tin hijau dan 1 tin merah)
2 labu bawang besar Holland- dadu
2 ulas bawang putih- dadu
1 sudu serbuk cili- optional
6 biji tomato saiz sederhana- dadu
3 helai daun bay
1 sudu kecil serbuk oregano
Garam
Gula
1 tin cendawan butang- saya guna ayam brand- hiris
2 sudu daun parsley- saya guna yang kering sahaja(optional)
10-15 biji meatballs

Cara-caranya;

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan 1 sudu serbuk cili. Kacau.
  3. Masukkan buah tomato- kacau dan masukkan meatballs bersama sedikit air. Masukkan juga daun bay.
  4. Masak hingga air kering dan naik minyak (untuk pastikan meatballs benar2 masak dan lembut)
  5. Masukkan sos prego. Basuh tin prego untuk mengeluarkan baki sos yang terlekat- lebih kurang 1/2 tin air untuk setiap tin sos.(maksudnya air lebih kurang 1 1/2 tin keseluruhannya)
  6. Kacau dan masukkan hirisan cendawan, serbuk oregano, serbuk parsley. 
  7. Rasakan masin dan manisnya. Tambah garam dan gula jika perlu. Masak hingga menggelegak.
  8. Siap.
Hidangkan bersama pasta pilihan anda...senang kan?

Friday 17 April 2015

Happy birthday to me


Sambutan Hari Lahir aka surprise party daripada rakan-rakan tersayang...pagi semalam 16/4/2015. Terima kasih Lyn, Kak Faridah, KakBie, Asmah, Lina dan Zara..luv u olls sooo much.






Yang ni daripada Mr A..nice kan?
Sambutan dengan keluarga tersayang ditangguhkan..tunggu Alis ngan Aifaa balik Ahad ni. Tanpa meraka, sambutan kurang bermakna..

Doakan Cik Wan ye kawan-kawan...agar bertambah iman dan keberkatan..semoga Cik Wan diampunkan dosa dan ditambah pahala...sambutan hari ulangtahun disulami air mata..mengingatkan baki usia yang masih tinggal, mengingatkan betapa banyaknya dosa, betapa tidak terhitungnya nikmat daripadaNya..segala-galanya bersilih ganti..bercampur baur..

Alhamdulillah ..tidak pernah terbayang begini sekali perjalanan usia..begitulah kita semua. Semoga Cik Wan dan kawan-kawan semua hidup dalam rahmat Allah dan perlindunganNya sentiasa. Amiinnn.

Sunday 12 April 2015

Pulut Mangga aka Mango and Sticky Rice (3)


Lama betul mengidam nak makan pulut mangga ni..hari ni tercapai sudah. Resepi asal ada kat SINI dan kat SINI. Kali ni Cik Wan guna versi Thai pulak. Malangnya Cik Wan malas nak buat Mung Bean atau kacang hijau yang dibuang kulit luar, direbus dan disangrai. Lain kali kalau ada Alis atau Aifaa kat rumah, Cik Wan buatkan Mung Beannya. Senang kalau ada pembantu hehehe.

Bahan-bahannya:
2 gelas beras pulut- basuh bersih dan rendam sekurang-kurangnya 5 jam.
2 biji kelapa parut putih- perah dengan 4 gelas air (Cik Wan guna gelas plastik IKEA) menghasilkan 4 gelas santan pekat.
1 1/2 cawan gula.
Mangga secukupnya
2 sudu kecil garam- untuk pulutnya
2 sudu kecil garam untuk sos santannya (Cik Wan guna sudu plastik ais krim)
1 sudu tepung beras.


Cara-caranya:
  1. Kukus pulut lebih kurang 30 minit.
  2. Sambil mengukus, sediakan santan untuk pulutnya.
  3. Masukkan 2 gelas santan ke dalam periuk.
  4. Masukkan gula dan garam.
  5. Kacau dengan api perlahan hingga gula hancur. Jangan sampai menggelegak atau pecah minyak
  6. Keluarkan pulut, masukkan ke dalam bekas untuk dikacau.
  7. Satukan santan dan pulut, kacau sebentar.
  8. Tutup rapat dan biarkan 10 minit.
  9. Kemudian kacau lagi, tutup semula biarkan 10 minit lagi.
  10. Kacau dan pastikan semua santan sudah diserap oleh pulut. Siap.
Untuk sosnya:
  1. Masukkan 2 gelas santan ke dalam periuk.
  2. Masukkan garam kacau.
  3. Bancuh tepung beras dengan sedikit air.
  4. Masukkan ke dalam santan yang sedang dimasak.
  5. Kacau jangan tinggal hingga menjadi sos pekat. 
  6. Tidak perlu menggelegak kuat. Siap untuk dihidang bersama mangga dan pulut.
Potong mangga mengikut citarasa, letakkan pulut dan hiaskan dengan sos santan..yummmyyy!!! Senang kan?




Wednesday 8 April 2015

Nasi Dagang dan Nasi Kerabu...cuci mata sahaja..

 Nasi Dagang dengan Ikan Tongkol Gulai


Nasi Kerabu Daging Bakar

Alhamdulillah..hanya gambar yang sempat Cik Wan hidangkan..untuk resepi , boleh cari dalam blog ye..sama sahaja.

Nasi Dagang tu Cik Wan masak Sabtu lepas dan Nasi Kerabu ni Cik Wan masak untuk dinner malam ni. Cik Wan tak makanpun..badan dah penat sangat minggu ni macam tak lalu pulak nak makan. Esoklah Cik Wan makan dengan kawan-kawan kat sekolah. Mr A makan bertambah2..Cik Wan teman tengok jer hahaha...layannnn.

Friday 3 April 2015

Tepung Pelita Asli Resepi Hajah Mek Embong Kedai Menanti






Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Hari ni Cik Wan cuti gara-gara pengasuh terpaksa balik kampung atas urusan keluarga. Minggu lepas dia dah balik kampung dan Mr A cuti, kali ni Cik Wan pulak kena cuti..Mr A sibuk sangat. Ada peluanglah Cik Wan update blog yang dah berhabuk  ni.

Hari ni Cik Wan nak kongsi resepi Tepung Pelita Asli..kenapa Cik Wan kata asli? sebab sekarang Cik Wan jarang jumpa lagi Tepung Pelita macam zaman2 dahulu. Tepung Pelita dulu2 dibuat dalam bekas daun pisang, sangat lembut malah seakan2 cair kuihnya. Manis dan lemak serta harum dengan bau daun pisang dan daun pandan. Sekarang ni Tepung Pelita dah macam kuih talam, semua pekat keras ..dah hilang ciri2 tradisionalnya..sekali sekala buat yang tradisi sangat puas hati walaupun tidak menggunakan bekas daun pisang...Cik Wan fail bab2 buat bekas ni. Masa Mek berjualan kuih ni, Cik Wan tukang lap dan koyakkan daun pisang sambil potong lidi kelapa untuk menyemat bakul daun pisang ni..jadi cepat sikitlah kerja Mek...tu yang tak pandai2 sampai sekarang ni hahahaha.

Tepung pelita ni agak remeh nak membuatnya sebab ada beberapa langkah utama..yang pertama sediakan bekasnya. Kedua sediakan santannya dan akhir sekali kuih hijaunya sebelum dikukus. Hari ni Cik Wan tunjuk step by step seperti mana yang dibuat oleh Mek dulu...in sya Allah..hasilnya memang sangat puas hati..selamat mencuba ya..

Bahan untuk santannya;

2 biji kelapa parut.
5 gelas air
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung beras- bancuh dengan santan

Cara membuatnya;
  1. Perah kelapa menggunakan 5 gelas air.
  2. Masukkan ke dalam periuk, tambahkan 1/1/2 sudu garam.
  3. Masakkan hingga panas dan masukkan bancuhan tepung beras.
  4. Kacau hingga menggelegak.
  5. Tutup api.
Bahan untuk kuih hijau;

2 gelas tepung beras
7 helai daun pandan- blend dengan 2 gelas air.
5 gelas air
2 sudu teh air kapur makan.
1/2 sudu kecil garam.
1 sudu besar gula.

Cara membuatnya;
  1. Satukan semua bahan di atas dan kacau hingga berkilat seperti lilin.





 Cara mengukus tepung pelita;



Sediakan bekasnya..Cik Wan guna bekas plastik saiz sederhana dan alas dengan daun pisang.

Masukkan satu sudu teh gula ke dalam bekas. Kukus sebentar bekas gula ini.





Masukkan tepung hijau dan kukus sebentar dalam 3 minit.

Angkat dari kukusan dan taburkan 1/2 sudu teh gula lagi atas tepung hijau.
Kemudian terus tuangkan santan pekat yang telah dimasak tadi.



Dah siap.....sedap dimakan panas dan sejuk...Allahuakbar..sedap sungguh, berbaloi buat walaupun agak remeh. Cik Wan terus telefon Mek dan dia gembira sangat sambil bagi tip2 tambahan untuk lebih sedap...suka sangat dia..walaupun semua anak perempuannya pandai masak Tepung Pelita, hanya Cik Wan yang selalu buat...agaknya sebab Cik Wan suka makan haahaha..

Sukatan sebanyak ni dapat menghasilkan dalam 20 bekas Tepung Pelita. Selamat mencuba!!












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...