Friday 16 January 2015

Dugaan lagi..

Alhamdulillah...akhirnya berkesempatan untuk update blog setelah hampir dua minggu...Cik Wan sibuk betul seminggu dua ni..masak memang ala kadar sahaja. Selepas balik dari kampung pada awal Januari baru2 ini, Cik Wan diduga lagi..mek pulak jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan..mula2 di Hospital Pasir Putih dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Bharu.

Sejarah berulang kerana perkara yang sama berlaku di awal tahun 2014 dahulu dimana Cik Wan juga berkejar balik ke kampung kerana mek dimasukkan ke wad kecemasan Kota Bharu kerana penyakit yang sama..paru2 lemah menyebabkan kandungan oksigen sangat rendah.

Mek dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu 3 Januari..lepas dua hari Cik Wan sampai ke KL. Memang terkejut kerana baru dua hari lepas kami bersembang rancak bercerita pasal banjir. Ayu dan Abang Pa menjaga mek di wad..Abang Yie balik pada hari Isnin dari JB dan Cik Wan balik pada hari Rabu 7 Januari.

Cik Wan balik seorang menaiki bas Transnasional..terkejut beruk bila mula2 melihat bas..buruk gilerr hehehe..apakan daya tiket tu yang ada..redha jelah.

Pengalaman sakit semasa menjaga mek tahun lepas kerana terlalu penat dan terpaksa tidur dilantai kaki lima hospital menyebabkan Cik Wan menginap di Sutera Inn dengan Ayu...tak payah Cik Wan berulang2 ke rumah di Kedai Menanti..malangnya Cik Wan terpaksa pindah ke hotel lain kerana Jumaat dan Sabtunya Sutera Inn fully booked oleh kakitangan Media Prima..susah juga mencari hotel lain yang berdekatan dengan hospital kerana kebanyakkan telah penuh atau terlalu mahal. Cik Wan akhirnya menginap di Tune Hotel berdepan dengan KB Mall..bolehlahhh..asalkan senang nak berulang tengok mek dan cepat nak berkejar ke hospital jika dipanggil...kesian tengok Ayu dah bermalam2 tidur di dalam kereta..lena betul dia tidur di hotel..penat sangat agaknya.

Waktu melawat di wad kecemasan ialah pukul 6am-7am, pukul 1pm-2pm dan akhir sekali pukul 5pm-7pm...alhamdulillah..sepanjang 3 hari balik Cik Wan dapat datang menjaga dan melayan mek di setiap waktu melawat tu..gembira tengok mek makin sihat dan berselera makan..
Masa mula2 Cik Wan balik..
Beberapa jam sebelum Cik Wan balik semula ke KL
Alhamdulillah..Cik Wan dapat tinggalkan mek dengan hati yang lebih tenang..
Cik Wan balik dengan Air Asia pada petang Sabtu, dah tak larat menaiki bas lagi dan sampai ke KL lebih kurang pukul 7.20pm..dan keesokkannya iaitu pada hari Ahad mek dimasukkan ke wad biasa. Hari Isnin berikutnya mek sudah dibenarkan balik ke rumah...alhamdulillah...

Kawan-kawan..doakan mek dapat sembuh seperti sediakala dan dapat beribadat dengan lebih mudah dan selesa..terima kasih ya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...