Saturday 3 January 2015

Banjir Penghujung Tahun 2014 (9)

31 Disember 2014
Akhirnya kami berjaya keluar untuk balik ke Kajang..alhamdulillah..menaiki bot dari Pulau Gorek ke Kok Majid..naik motosikal membonceng motosikal Kamil, bergilir2 menghantar kami ke Palekbang..Alhamdulillahh
Dari Palekbang, kami ke  Kedai Menanti untuk berjumpa mek sebelum balik ke Kajang. Ya Allah..betapa leganya mek melihat kami anak beranak. Ayu bercerita bahwa sudah beberapa malam mek tidak boleh tidur memikirkan kami dan ayat yang paling best ialah "Allah..kuruslah kak za kamu..baru je gemuk sikit" hahahahaha ada juga orang yang suka tengok saya gemuk sehingga risau kalau saya kurus...luv u mek...
Kami luangkan masa dengan mek lebih kurang dua jam dan bertolak selepas solat Jamak  Zohor dan Asar..dalam pukul 1.45 petang.

MasyaAllah..subhanaAllah..Allahuakbar!!!!! kami merasa sudah cukup susah dan tidak tahan dengan pengalaman ini. Rasa sudah tidak ada kekuatan dan ingin cepat2 balik ke rumah yang ada keselesaan dan ketenangan...kami malu sendiri dan bersyukur yang tidak terhingga bila kami melalui jalan raya Kuala Krai....Manik Urai..Gua Musang...Allahuakbar!!! mereka tidak mengalami banjir...sebaliknya TSUNAMI BANJIR...lihatlah gambar2 di bawah ini....



Akar pokok pada talian elektrik...bayangkan betapa tingginya air

Jalan terbelah dua di Kuala Krai

Lihat sungai jauhh di bawah..tapi air naik hingga melepasi palang jambatan ini...bayangkan rumah2 di tepi2 sungai

Rumah hancur
Allahuakbar!!!! Sesungguhnya kita manusia yang lemah..

Cik Wan berterima kasih kepada semua keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa bertanya khabar dan ambil berat walaupun hanya melalui WA dan FB...sebenarnya setiap komen sangat memberi kekuatan kepada Cik Wan..Cik Wan baca berkali2 setiap komen walaupun tidak dapat membalasnya....terima kasih semua..

Kepada semua dermawan yang memberikan sumbangan dalam bentuk barang dan tenaga...terima kasih semua..semoga Allah mengganjari usaha anda semua..betapa ramai yang datang membantu..berpuluh2 konvoi 4x4 yang Cik Wan berselisih dalam perjalanan balik. Semoga mereka semua dilindungi Allah..semoga usaha murni mereka sampai kepada pihak yang memerlukan...terima kasih!!!!!!

Banjir ini memberi pengajaran kepada kita..sesungguhnya seperti titah DYMM Sultan Kelantan...jangan bersengketa dengan alam.

Alam anugerah Allah yang tiada galang gantinya, hutan dan sungai dicipta untuk kegunaan manusia...sebagai khalifah kita kena menguruskan, memelihara dan memulihara aset ini dengan sempurna.
Pembalakan dan perhutanan yang berleluasa tanpa kawalan..pembinaan kawasan perumahan tanpa perancangan sempurna...ketamakan kita akhirnya memakan diri sendiri..
Cik Wan lihat sendiri betapa air banjir sarat dengan lumpur...bila air surut lumpur separas lutut..dari mana datangnya lumpur itu?? Fikirlah sendiri..

Dulu2..kalau banjir, airnya jernih,,boleh digunakan untuk makan dan minum..apatah lagi untuk mencuci pakaian.. bila airnya surut , tiada selut lumpur langsung walaupun kami tinggal di kawasan sawah padi...sekarang?

Sudah2lah...cukup2lah kita menderhaka kepada alam...bersederhanalah dalam mencipta pembangunan !!! Uruslah dengan bijaksana..

Kita semua manusia bijak pandai..belajarlah dari kesilapan..belajarlah dari bencana dan musibah..peringatan Allah sangat pedih!!!


5 comments:

  1. Allah.... Cik Wan, dari awal saya baca pengalaman Cik Wan ni... Allhamdulillah u sekeluarga selamat. Saya sendiri setakat ni keluarga kat kampung kelantan tu pun selamat belaka, tapi adik yang kat Jerantut terputus hubungan sampai semalam baru dapat dengar suara, betapa lega hati. Sama2 ambik iktibar dari kejadian ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Nas..kami selamat. Syukur adik Nas selamat..dgr kata kawasan Jerantut memang teruk kena banjir...betul tu, pkt2 kita ambik iktibar di atas apa yg berlaku.

      Delete
  2. Assalamualaikum cik wan, subhanallah alhamdulillah cik wan selamat, semua nya dugaan dari Allah, saya yg kat brunei ni pun hari2 dok tengok tv keadaan banjir di Malaysia sbb mmg ramai sedara mara yg terlibat dgn banjir ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Kak Nor..terima kasih sudi singgah.
      Alhamdulillah..Cik Wan sekeluarga selamat...cikwan doakan seluruh keluarga kak nor yg terlibat banjir selamat dan dalam perlindungan Allah..dugaan Allah untuk hambanya yg terpilih..semoga semua mangsa banjir diberi kesabaran dan keredhaan..

      Delete
  3. Alhamdulillah.... selamat semuanya... saya tak tahan sebak setiap kali tengok berita banjir di tv, tak sampai hati melihat kesengsaraaan mangsa banjir. Apa yang penting... biarpun hilang segala harta benda, nyawa keluarga lebih berharga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...