Thursday 29 January 2015

Kailan Ikan Masin.


Lauk simple je malam ni..lauk orang sibuk hehehe..Kailan Ikan Masin dan telur dadar...plus sup yang nenek Shidah , babysitter Zikry bagi. Alhamdulillah..kenyang.

Lauk ni kena makan panas2 baru sedap. Maksudnya..goreng telur dadar...baru goreng sayur dan terus hidang, berasap..hehee

Jom kita layan resepi mudah ni

Bahan-bahan;
3 pokok/pohon Kailan-asingkan batang dengan daunnya
1 keping ikan tenggiri jeruk/masin
4 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1/2 belah bawang besar Holland
1 sudu sos tiram.
Sedikit garam jika perlu
Sedikit air untuk kuah

Cara-caranya:
  1. Potong ikan tenggiri dan buang tulangnya.
  2. Potong sayur kailannya
  3. Tumbuk bawang putih dengan cili padi.
  4. Panaskan minyak.
  5. Masukkan isi ikan tenggiri- goreng hingga garing.
  6. Masukkan bahan tumbuk. Kacau hingga layu.
  7. Masukkan sos tiram dan batang kailan. Kacau sekejap.
  8. Masukkan sedikit air. Jika kurang masin boleh tambah garam.
  9. Masukkan daun kailan dan bawang besar.
  10. Kacau sekejap sahaja..cepat2 angkat dan hidangkan. Enjoyyy

Sambal Jawa Ringkas





Teringin sangat nak makan sambal tempe ni..tapi asyik bertangguh-tangguh sebab kita je yang makan. Mr A langsung tak sentuh lauk ni, apatah lagi budak2 tu. Tapi saya buat juga semata-mata nak hilangkan kepingin hahaha..
Resepinya ada kat SINI, cuma Cik Wan tambahkan santan pekat sedikit dalam tumisannya sebelum dimasukkan semua bahan sayur dan goreng. Tapi kalau tanya, Cik Wan lebih suka resepi asal tanpa santan...selamat mencuba..

Gulai Udang lagii...





Lama tak update blog..busy manjang bila baru bukak sekolah ni. Setiap hari bangun pukul 4.30 atau 5.00 pagi..nak siapkan sarapan dan bekal Zahirah, nak uruskan pakainya lagi...nasib baik dia dah makin independent sekarang..dah pandai pakai anak tudung dan tudung sendiri..lega sikit..kitapun kelam kabut nak ke sekolah hehehe..
Balik sekolah pun dah pukul 3 atau empat..belum lagi aktiviti koko bulan depan..penat sungguh..tapi redha jelahh..ramai lagi orang takde kerja sekarang ni kan..kita yang ada kerja ni buatlah betul2 dan penuh keihklasan...
Resepi dah ada kat SINI, cuma Cik Wan tambah telur rebus sebab Zikry tak berapa suka makan udang...selamat mencuba..

Friday 16 January 2015

Makan tengah hari yang menyelerakan...








Memang puas hati makan di restoran yang terkenal ini. Cawangan utamanya di Muzium Karangkraf Kelantan dan ini cawangan keduanya..betul2 di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa atau di Padang Tembak.

Puas hati mungkin kerana menepati selera dan citarasa Cik Wan adik beradik...kami makan simple sahaja iaitu ikan patin asam pedas, sayur lemak putih, budu dengan ikan bakar, telur dadar dan ulam2 bersama sejug air sirap...oohh ada lagi..ikan keli goreng untuk Ayu..Cik Wan cubit sikit, sangat sedap dan tiada bau langsung..patutlah Ayu suka..Cik Wan tak berapa makan ikan keli sejak puluhan tahun yang dulu...jangkit dari Mr A kot..dia tak makan ikan keli..hehehe.





















Sebenarnya kami datang agak lewat iaitu hampir pukul tiga..selepas waktu melawat mek pukul 2 petang. Kebanyakan lauk sudah habis dan ada beberapa jenis baru ditambah, panas2 lagi. Kami kekenyangan hingga ke malam. Sesiapa yang nak melawat Kota Bharu bolehlah datang ke Restoran Nasi  Ulam Cikgu ni..sama ada di Muzium Karangkraf atau di Padang Tembak..anda mesti puas hati...

Makan lagi...

Malam kedua kami bertiga, Cik Wan , Epu dan Ayu berjanji untuk makan malam bersama.Janjinya Epu akan datang menjemput kami di hotel dan kami akan pergi makan colek ayam yang popolar di Kota Bharu...rancangnya lahh...rupa2 nya kami bertiga tertidur awal..keletihan !!!!!

Pagi esoknya Cik Wan dan Ayu bersarapan di Kopitiam Kita selepas waktu melawat pukul 6 pagi tu..
Kopitiam Kita ni sangat popular sejak berpuluh-puluh tahun lagi..Cik Wan je yang tak pernah sampai hehehe..

Kopitiam ni hanya warung biasa yang besar, boleh memuatkan beratus pengunjung dengan pelbagai hidangan authentic kelantan daripada nasi dagang, nasi tumpang, nasi berlauk, nasi kerabu, kuih muih tradisional dan moden serta macam-macam lagi..tengok gambar di bawah ni....banyaaaaaakkknya pilihann..


Tak pernah makan nasi komok, Cik Wan beli untuk merasa kali pertama tapi akhinya tak makan juga sebab kenyang..
Cik Wan beli ni...dengan Nasi Dagang Ikan..



Roti Titab yang femes...

Kesimpulannya , kedua-dua nasi dagang dan roti Titab ni bukan citarasa Cik Wan. Nasi dagangnya manis, dan telur masak separuh dengan kaya bukanlah pilihan untuk Cik Wan...menyesal tak oder Nasi Berlauk Air Dingin yang ada dijual di situ hehehehe...lain orang lain seleranya kan???

Makan tengah hari yang menjengkelkan...

Lucu juga pengalaman makan tengah hari tu..Epu bawa kami makan di sebuah restoran nasi kukus..kalau tidak silap Suriani Nasi Kukus..memang sedap dan bayak pilihan sekali. Ada hidangan nasi kukus dan juga nasi dengan ulam-ulaman dan ikan bakar...apa yang menjengkelkan???

Restoran tu memang penuh, tambah2 lagi terdapat sukarelawan banjir dari Johor makan di situ..suka dan rasa terima kasih membuak2 bila melihat mereka..datang dari jauh menolong mangsa2 banjir di Kelantan..terima kasih!!!

Malangnya ada sepasang muda mudi ni..duduk betul2 di hadapan sebelah kanan Cik Wan..dah siap makan tapi dok buat perangai tak elok di khalayak ramai..agaknya baru kawin kot. Orang lainpun kawin juga tapi takdelah dok tunjuk kemaruk kat depan orang ramai...huhh geram sungguh Cik Wan!!!
Di belakang couple tu pula duduk sebuah keluarga dengan anak2 yang tengah membesar sedang makan..Cik Wan dengar emak budak2 tu dok suruh cepat makan dan cepat keluar tak tahan anak2 dok tengok gelagat orang kurang siuman tu..Cik Wan tambah geram..

Akhirnya....good timing sungguhh...si perempuannya memandang ke belakang dan tengok Cik Wan..apa lagi...Cik Wan renung dan pandang matanya tajam2..lamaaa..hingga dia terkedu..cepat2 di beritahu si lelaki..si lelaki tu pandang Cik Wan, Cik Wan buat tak nampak..cepat2 mereka bangun dan keluar dari restoran!!!! huhh puas hati Cik Wan..Nasib baik Cik Wan tak bangun, pergi ke meja dan buat karekter macam cikgu disiplin marah anak murid..nayaaa kau..hehehehehehe

Makan-makan dilayan macam puteri...

Semasa balik menjenguk mek di hospital baru2 ni, Cik Wan langsung tidak balik ke rumah. Tinggal di hotel dan makan di restoran  sahaja. Walau makan di restoran..ia bukan di sebarang restoran...Cik Wan dilayan first class oleh adik Cik Wan si Saiful dan Si Ayu hehehe..kesian agaknya tengok kakak yang dah tak larat tapi kuat makan ni.

Malam pertama Cik Wan sampai, Abang Yie dah belikan nasi kukus ayam berempah khas untuk Cik Wan..kebetulan Cik Wan tengah lapar sungguh masa tu. Maklumlah semasa berhenti di Merapuh, Cik Wan berkejar2 solat dan hanya sempat makan kueh tiew sup sahaja..itupun tak sampai separuh kerana takut tertinggal bas...maklumlah sorang diri hehehe..

Paginya selepas menjenguk Mek pada pukul 6am-7am..Cik Wan diajak oleh Saiful untuk bersarapan..asalnya nak mencari Kopitiam Kita yang popular tu tapi pusing2 sampai ke Medan Ikan Bakar di Kedai Buluh untuk ke restoran Pak Mat yang terkenal dengan sup ikan dan teh tarik madu..aduhaiii..pagi2 buta kami dah pekena sup kepala ikan dan teh tarik madu..



Sup yang sangat lazat..lihat saiz kepala ikan siakap tu..bandingkan dengan saiz tapak tangan Ayu..hehehe
Kali pertama makan sup ikan yang femes ni..kepala ikan siakap dengan kuah sup daging dan urat keting. Ada macam2 saiz tapi Epu pilih saiz yang besar untuk kak zanya..hehehe

Teh Beng Tarik Madu (Teh Ais Tarik Madu)...
Inilah teh tarik madu yang femes seantero Malaysia hehehe..yang kami tahu, ketiga2 kami masuk angin dan sebu perut hingga malam lepas minum air ni..agaknya kami minum awal sangat dan dalam keadaan perut kosong..agaknye lahhh..tapi memang power dan memang sedap..

Medan Ikan Bakar ni terletak bersebelahan dengan Jeti Cruise..sesiapa yang nak melawat menyelusuri Sungai Kelantan boleh menyewa bot2 cruise di sini.







Untuk hidangan kami di awal pagi itu..iaitu 3 pinggan nasi, 1 piring daging goreng, 3 gelas teh tarik madu....dan semangkuk besar sup kepala ikan siakap..





Terima kasih Epu..lain kali kita bawak mek datang...

Kami berkejar lagi untuk balik ke hospital semula...waktu melawat seterusnya ialah pada pukul 1 tengah hari..
Nanti Cik Wan sambung kat mana Cik Wan makan tengah hari dan sarapan esoknya..

Dugaan lagi..

Alhamdulillah...akhirnya berkesempatan untuk update blog setelah hampir dua minggu...Cik Wan sibuk betul seminggu dua ni..masak memang ala kadar sahaja. Selepas balik dari kampung pada awal Januari baru2 ini, Cik Wan diduga lagi..mek pulak jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan..mula2 di Hospital Pasir Putih dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Bharu.

Sejarah berulang kerana perkara yang sama berlaku di awal tahun 2014 dahulu dimana Cik Wan juga berkejar balik ke kampung kerana mek dimasukkan ke wad kecemasan Kota Bharu kerana penyakit yang sama..paru2 lemah menyebabkan kandungan oksigen sangat rendah.

Mek dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu 3 Januari..lepas dua hari Cik Wan sampai ke KL. Memang terkejut kerana baru dua hari lepas kami bersembang rancak bercerita pasal banjir. Ayu dan Abang Pa menjaga mek di wad..Abang Yie balik pada hari Isnin dari JB dan Cik Wan balik pada hari Rabu 7 Januari.

Cik Wan balik seorang menaiki bas Transnasional..terkejut beruk bila mula2 melihat bas..buruk gilerr hehehe..apakan daya tiket tu yang ada..redha jelah.

Pengalaman sakit semasa menjaga mek tahun lepas kerana terlalu penat dan terpaksa tidur dilantai kaki lima hospital menyebabkan Cik Wan menginap di Sutera Inn dengan Ayu...tak payah Cik Wan berulang2 ke rumah di Kedai Menanti..malangnya Cik Wan terpaksa pindah ke hotel lain kerana Jumaat dan Sabtunya Sutera Inn fully booked oleh kakitangan Media Prima..susah juga mencari hotel lain yang berdekatan dengan hospital kerana kebanyakkan telah penuh atau terlalu mahal. Cik Wan akhirnya menginap di Tune Hotel berdepan dengan KB Mall..bolehlahhh..asalkan senang nak berulang tengok mek dan cepat nak berkejar ke hospital jika dipanggil...kesian tengok Ayu dah bermalam2 tidur di dalam kereta..lena betul dia tidur di hotel..penat sangat agaknya.

Waktu melawat di wad kecemasan ialah pukul 6am-7am, pukul 1pm-2pm dan akhir sekali pukul 5pm-7pm...alhamdulillah..sepanjang 3 hari balik Cik Wan dapat datang menjaga dan melayan mek di setiap waktu melawat tu..gembira tengok mek makin sihat dan berselera makan..
Masa mula2 Cik Wan balik..
Beberapa jam sebelum Cik Wan balik semula ke KL
Alhamdulillah..Cik Wan dapat tinggalkan mek dengan hati yang lebih tenang..
Cik Wan balik dengan Air Asia pada petang Sabtu, dah tak larat menaiki bas lagi dan sampai ke KL lebih kurang pukul 7.20pm..dan keesokkannya iaitu pada hari Ahad mek dimasukkan ke wad biasa. Hari Isnin berikutnya mek sudah dibenarkan balik ke rumah...alhamdulillah...

Kawan-kawan..doakan mek dapat sembuh seperti sediakala dan dapat beribadat dengan lebih mudah dan selesa..terima kasih ya..

Saturday 3 January 2015

Banjir Penghujung Tahun 2014 (9)

31 Disember 2014
Akhirnya kami berjaya keluar untuk balik ke Kajang..alhamdulillah..menaiki bot dari Pulau Gorek ke Kok Majid..naik motosikal membonceng motosikal Kamil, bergilir2 menghantar kami ke Palekbang..Alhamdulillahh
Dari Palekbang, kami ke  Kedai Menanti untuk berjumpa mek sebelum balik ke Kajang. Ya Allah..betapa leganya mek melihat kami anak beranak. Ayu bercerita bahwa sudah beberapa malam mek tidak boleh tidur memikirkan kami dan ayat yang paling best ialah "Allah..kuruslah kak za kamu..baru je gemuk sikit" hahahahaha ada juga orang yang suka tengok saya gemuk sehingga risau kalau saya kurus...luv u mek...
Kami luangkan masa dengan mek lebih kurang dua jam dan bertolak selepas solat Jamak  Zohor dan Asar..dalam pukul 1.45 petang.

MasyaAllah..subhanaAllah..Allahuakbar!!!!! kami merasa sudah cukup susah dan tidak tahan dengan pengalaman ini. Rasa sudah tidak ada kekuatan dan ingin cepat2 balik ke rumah yang ada keselesaan dan ketenangan...kami malu sendiri dan bersyukur yang tidak terhingga bila kami melalui jalan raya Kuala Krai....Manik Urai..Gua Musang...Allahuakbar!!! mereka tidak mengalami banjir...sebaliknya TSUNAMI BANJIR...lihatlah gambar2 di bawah ini....



Akar pokok pada talian elektrik...bayangkan betapa tingginya air

Jalan terbelah dua di Kuala Krai

Lihat sungai jauhh di bawah..tapi air naik hingga melepasi palang jambatan ini...bayangkan rumah2 di tepi2 sungai

Rumah hancur
Allahuakbar!!!! Sesungguhnya kita manusia yang lemah..

Cik Wan berterima kasih kepada semua keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa bertanya khabar dan ambil berat walaupun hanya melalui WA dan FB...sebenarnya setiap komen sangat memberi kekuatan kepada Cik Wan..Cik Wan baca berkali2 setiap komen walaupun tidak dapat membalasnya....terima kasih semua..

Kepada semua dermawan yang memberikan sumbangan dalam bentuk barang dan tenaga...terima kasih semua..semoga Allah mengganjari usaha anda semua..betapa ramai yang datang membantu..berpuluh2 konvoi 4x4 yang Cik Wan berselisih dalam perjalanan balik. Semoga mereka semua dilindungi Allah..semoga usaha murni mereka sampai kepada pihak yang memerlukan...terima kasih!!!!!!

Banjir ini memberi pengajaran kepada kita..sesungguhnya seperti titah DYMM Sultan Kelantan...jangan bersengketa dengan alam.

Alam anugerah Allah yang tiada galang gantinya, hutan dan sungai dicipta untuk kegunaan manusia...sebagai khalifah kita kena menguruskan, memelihara dan memulihara aset ini dengan sempurna.
Pembalakan dan perhutanan yang berleluasa tanpa kawalan..pembinaan kawasan perumahan tanpa perancangan sempurna...ketamakan kita akhirnya memakan diri sendiri..
Cik Wan lihat sendiri betapa air banjir sarat dengan lumpur...bila air surut lumpur separas lutut..dari mana datangnya lumpur itu?? Fikirlah sendiri..

Dulu2..kalau banjir, airnya jernih,,boleh digunakan untuk makan dan minum..apatah lagi untuk mencuci pakaian.. bila airnya surut , tiada selut lumpur langsung walaupun kami tinggal di kawasan sawah padi...sekarang?

Sudah2lah...cukup2lah kita menderhaka kepada alam...bersederhanalah dalam mencipta pembangunan !!! Uruslah dengan bijaksana..

Kita semua manusia bijak pandai..belajarlah dari kesilapan..belajarlah dari bencana dan musibah..peringatan Allah sangat pedih!!!


Banjir Penghujung Tahun 2014 (8)

30 Disember 2014
Air surut...paras lutut di depan rumah. Bot besar tak boleh masuk lagi tapi perahu2 kecil masih boleh.
Malam tadi Mr A keluar dengan Azemi..memeriksa jalan sama ada sudah boleh dilalui atau tidak. Mereka keluar menggunakan perahu pada pukul 3.30 petang. Menjelang Maghrib belum pulang...kami tunggu...menjelang pukul 9 malam..tak muncul juga..Ya Allah...ke mana mereka ni? Macam2 persoalan negatif muncul dalam kepala....MIL mula bercakap yang bukan2...Allah..kami apatah lagi..
" Ya Allah..anak2 aku...dua2 pulak tu..meraunglah aku malam ni"..kata2 MIL yang membuatkan kami makin cemas!!
"Ya Allah..anak2 kecil lagi...dalam perutpun ada lagi" kata Yam...
"Kalau depa balik nanti, kita ketuk kepala...tak pikir langsung orang yang menunggu di rumah" kata Cik Wan..yang memang akan jadi pemarah kalau cemas
"Pukul 10 kalau mereka tak balik, kita cari" kata Kamil..satu2 nya lelaki ketika tu (Zikry pun lelaki tau hehe)
Menjelang pukul 9.30 mlm saya dah tak tahan lagi..arahkan Kamil panggil jiran bernama Khairi (Erie) pergi cari.
Mereka mengharung air yang dah surut paras lutut ke Jambatan Pualau Gorek, naik motosikal dan ke Kok Majid. Harung air lagi untuk ke jalan raya..
Kami di rumah...terus berdebar dan berdoa tidak putus2...

Menjelang pukul 10.30 malam bunyi suara Mr A dan Azemi dari belakang rumah...mereka berkayuh masuk..Allahurabbi...lega tak payah nak cerita..mujur MIL tak menangis masa tu..Cik Wan yang kata nak ketuk kepala tadi pun dah lupa...Alis siap perli.."ketuklah mama..abah dah sampai ni" hehehe

Rupa2nya mereka berdua ke Kota Bharu menggunakan Hilux Azemi dari Kok Majid. Katanya orang2 Kota Bharu dah menjalani kehidupan seperti biasa...shoping2 dah buka....alhamdulillah..dibawa balik sekali ikan segar, buah-buahan serta yang paling istimewa tomyam dan daging masak merah...Allah..ingat juga mereka pada orang di rumah. Kami yang risau dan belum makan rupanya tadi mula rasa lapar hehehe...pukul 12 malam baru siap makan. Cik Wan yang sudah 2 hari muntah berselera sekali makan tomyam yang masam2 sikit...Allah..nikmatnya..

Satu lagi berita gembira...kami boleh keluar esok..kereta siap di bawa ke Stesen Minyak Mobil di Palekbang..untuk mengelakkan jem esok. Jadi rancangnya kami akan keluar dari Pulau Gorek menggunakan speedbot ke Kok Majid, naik motosikal dari Kok Majid ke Palekbang..lebih kurang 6 km perjalanan..alhamdulillah...

Cik Wan sambung lagi lepas ni...

Banjir Penghujung Tahun 2014 (7)

29 Disember 2014

Air sudah mula surut. Dengar cerita ada jalan yang boleh digunakan. Cik Wan dah tak tahan..rasa gelisah dan rasa seperti nak keluar terbang dari situ hahahaha...teruk betul.
Kebetulan Azemi nak menjenguk kedainya di Kok Majid..apalagi kali ni Cik Wan pulak nak keluar..tapi kami tak gunakan perahu sebaliknya speedboat yang kami charter...kebetulan bot ni kepunyaan ayah mertua Azemi. Masa nak bertolak, Zikry meraung2 nak ikut...tak sampai hati nak tinggal...terbayang dalam fikiran, kalau apa2 jadi nanti menyesal..hahahaha...kami bawak Zikry sekali. Yang lain tak mahu ikut.

Tujuan lain adalah untuk meninjau jalan keluar...macam mana nak bawa keluar kereta dari Kok Majid dan Kg Laut...manalah tahu air dah kering..penuh harapan sungguh Cik Wan..sambil tu Cik Wan ambil kesempatan cas bateri HP dalam kereta..


Tengok tu..rilek je Azemi dgn Kamil..sedangkan saya menggigil takut terutama bila bot merentas gelombang deras menyelusuri sungai hingga keluar ke  muara kuala terus ke Pengkalan Kok Majid yang tenggelam.

Mr A tinggalkan saya di dalam kereta yang diletakkan berdekatan dengan jalan raya berhadapan SK Sungai Pinang. jauhnya dari Kok Majid..Dia pula keluar ke Kg Laut untuk meninjau jalan.
Malang sungguh...walau air semakin surut, air di Palekbang masih tinggi, jalan raya di depan SMK Kg Laut runtuh separuh dan berlubang2..kereta biasa memang tidak boleh lepas..

Baliklah kami dengan rasa yang makin kecewa...tapi perasaan itu disembunyikan..kesian pula orang2 di rumah..macam tidak sabar pula kami nak keluar meninggalkan mereka.

Sebenarnya Mr A sudah patut masuk kerja pada Jumaat lagi...mujurlah syarikatnya Cuti Wajib...selamatlah..tapi Isnin sudah kena masuk kerja..cuti tahunannya dah habis.

Zahirah pula ada Placement Test pada 27 Disember lepas, Orientasi Tahun Satu pada 2 Disember..Cik Wan ada Mesyuarat Guru pada 29 Disember dan Mesyuarat Kurikulum pada 30 Disember...macam mana tak serabut??? Mujurlah pihak sekolah memahami..dan perasaan makin lega  bila KPM umumkan cuti sekolah dilanjutkan hingga 11 Januari..alhamduillahh...terima kasih KPM kerana memahami.

Tapi hati tetap sedih dan gundah gulana bila mengenangkan arwah Cikgu Norhayati dan suami...bila mengenangkan guru2 di sekolah2 yang musnah tenggelam...bagaimanakah keadaan meraka? Rumah sendiripun musnah...nak hadap sekolah yang sama keadaannya...Ya Allah Yang Maha Berkuasa..berilah mereka kekuatan, kesabaran dan keredhaan...berilah mereka ganjaran pahala berlipat kali ganda...sesungguhnya Allah mengambil untuk memberi....yakinlahhh..

Cik Wan akan sambung lagii..

Banjir Penghujung Tahun 2014 (6)

28- 29 Disember 2014
Air seakan-akan bertahan..tidak naik dan tidak turun. Bekalan air tangki sudah kering. Tinggal tangki yang menggunakan enjin masih ada air tapi terpaksa menggunakan perahu, panjat tiang untuk mengeluarkannya. Bila letrik tak ada, air tidak boleh keluar. Nasib baik ada air ni. Ada jiran menggunakan air banjir untuk memasak air dan nasi. MIL kesian sangat dan beri satu tong..tu pun beri secara sembunyi2, takut yang lain2 nampak...itu sahaja air yang kami ada.

Namun begitu cuaca makin baik...hujan sudah berhenti, mentari sudah keluar dan langit makin cerah..alhamdulillah..petanda banjir akan surut!!!

Air mineral sudah naik jadi RM3.00 sebotol, minyak petrol yang biasanya RM2 sebotol dah jadi RM7...ramai ambil kesempatan dari kesempitan orang lain...

Tiada aktiviti boleh dibuat..melainkan menunggu...menunggu air surut....

Keadaan di Pusat Pemindahan Banjir pun makin teruk. Sudah ada ibu2 yang balik ke rumah untuk memasak nasi dalam rumah yang tenggelam paras lutut dan pinggang dan dibawa semula ke pusat pemindahan..anak2 mereka sudah kebuluran, berebut2 makanan yang sedikit. Nasib baik ada sorang jutawan dermawan di Kg Laut , borong semua barang dari sebuah kedai runcit dan menghantar barang makanan ke pusat pemindahan tersebut. Semoga beliau diberi ganjaran pahala, rezeki yang berlimpah ruah serta keberkatan dunia dan akhirat.

Cik Wan sambung lagi...

Banjir Penghujung Tahun 2014 (5)

28 Disember 2014.
Air terus naik..malam tadi sudah mencecah lantai ruang tamu. Bangun pagi tadi karpet di bilik tidur sudah basah menyerap air. Tikar getah diruang tamu sudah sedikit menggelembung dan bila anak2 melompat bunyi air berkecah dari bawah tikar...subhanaAllah...apa yang kami takuti sudah berlaku...ruang tamu bakal tenggelam.
Hanya doa dan harapan kepada Allah dapat dilakukan..Cik Wan sentiasa berdoa..sentiasa berprasangka baik dengan Allah swt..Allah tidak akan uji kami lebih daripada ini...tidak akan..Cik Wan positif!!!
Cik Wan tidak mahu fikir langsung air akan naik lagi..air akan naik tahap ni sahaja...bukan Cik Wan sorang...kami semua berdoa begitu...Allah akan uji manusia mengikut kemampuan mereka...

Alis sudah nampak tension..abahnya mengajak dia keluar berperahu..berani sungguh budak ni..dalam tak pandai berenang nak ikut juga. Mr A bawa perahu kolek kami..bawa Alis dan sepupunya Anis ronda2 kawasan kampung hingga ke Kok Majid...nak marah pun ada, tapi apakan daya...mereka pula tidak sabar2 nak keluar.
Tengoklah mereka...berseronok dalam bahaya menyeberangi sungai..ladang kelapa dan sawah padi yang tenggelam menjadi lautan dengan perahu kolek yang kecil serta sebiji bola sebagai pelampung..Allahurabbi...hati Cik Wan di rumah dup dap, dup dap..tidak lega selagi mereka tidak kembali dengan selamat..haii...apa yang mereka tahu?

Hari ni Cik Wan mula rasa tidak sihat..ada sedikit demam dan cirit birit. MIL berikan ubat untuk mengurangkan muntah...Cik Wan dah masuk angin..nasib baik ada Yam...tugas memasak diserahkan padanya seorang..

Cik wan sambung lepas ini..



Banjir penghujung Tahun 2014 (4)

27 Disember 2014
Petang 26 air naik lagi..tinggal beberapa cm dari aras dapur. Kami mula memunggah barang untuk naik ke ruang tamu, atas meja dan almari di ruang dapur.
Pagi 27 air mula memenuhi ruang dapur. Ruang dapur 1/2 kaki rendah dari ruang tamu. Kali pertama air naik ke paras ini setelah berpuluh-puluh tahun rumah ini di bina. Cik Wan dan Yam terpaksa memasak dalam air separas betis. Kami masak dua kali sehari. Sarapan dan tengah hari. Untuk tengah hari kami masak terus untuk makan malam. Bersyukur sangat2 kerana masih makan dengan mewah berbanding mereka yang berada di Pusat Pemindahan Banjir...makanan untuk mereka sangat terhad dan ada yang kebulur...kampung kami terputus hubungan..makanan tidak boleh dibawa masuk langsung!!!.

Yang tidak berperahu datang membeli barang dengan berenang...pandangan dari loteng rumah MIL.Sanggupkah MIL pindah? Sama sekali tidak!!.

Jarak ruang dapur ke ruang tamu..dalam 1/2 kaki shj. Kalau air naik lagi, kami terpaksa naik ke loteng.
Laluan ke loteng yang dibuat khas oleh arwah FIL untuk tujuan seperti ini...ada satu bilik tidur, satu ruang tamu dan beranda.
Zahirah dan Husna bermain di beranda..


Ruang tamu yang berselerak..melalui tingkap2 sekeliling kami melayan pelanggan yang datang membeli barang dengan berperahu..di sini kami tidur anak beranak dan menghidang makanan...saat kebersamaan dalam situasi ini akan dikenang ke akhir hayat.


Suasana malam kami..hanya berpelita minyak masak rekaan Kamil dan lilin yang terpaksa dijimatkan...tapi macam biasa aktiviti makan2 tetap boleh diteruskan...hebat betul Yam yang sangat kreatif membuat roti goreng dan menggoreng keropok dalam air paras lutut di malam gelap...budak2 tak pernah kelaparan.

Bahaya datang dengan cara yang bermacam2..selain air yang sejuk dan deras, banyak binatang dan serangga bahaya datang berlindung ke dalam rumah. Sepanjang dapur tenggelam, 3 ekor ular dibunuh oleh Azemi dan Kamil. Jiran sebelah datang berperahu meminta kami berjaga2 kerana ada seekor ular tedung berlindung di batang pokok ceri berdekatan..masyaAllah...kalau ikutkan hati Cik Wan tak turun ke dapur..tawakkal sahaja..berdoa minta perlindungan dari Allah..Dia sahajalah yang memberi kekuatan, kesabaran dan perlindungan kepada kami semua.

Hari ini juga Cik Wan duduk di loteng ..menangis sorang2 sebab tiba2 teringatkan Mek..masa tu masih boleh bertelefon tapi Cik Wan tak sanggup..takut nanti Cik Wan tak dapat bersabar..meraung huhuhu. Sekadar berpesan kirim salam melalui WA family.Cik Wan sentiasa berlagak kuat dan sabar..sebenarnya hanya Allah yang tahu...

Bagi Mr A, adik2nya dan MIL..ini situasi biasa..mereka semua pandai berenang, tidak segan menggunakan air banjir berlumpur tapi bagi Cik Wan dan anak2..pengalaman ini adalah luarbiasa..hanya kesabaran sahaja jadi pendinding..malu juga pada mereka. Tapi Mr A sporting...dia keluar menaiki perahu utk beli drinking water..khas untuk isteri dan anak2. Kami berjimat gunakan air utk bersuci..tqvm bang..
Cik Wan besyukur kerana Alis dan Aifaa dapat bersabar...diam sahaja walau sekali sekali nampak sangat muka tension mereka..alhamdulillah..
Masa ni Cik Wan hanya berdoa agar kami semua sihat..anak2 tidak demam dan Cik Wan pun tidak masuk angin..Cik Wan memang tidak tahan sejuk kaki.
Lega anak2 sihat dan aktif..namun begitu masa ni Zikry sudah ada sedikit selsema dan Zahirah batuk2..setiap malam saya Cik Wan sapukan Krim Bioever..alhamdulillah..selsema Zikry berhenti dan batuk Zahirah berkurangan..

BTW,powerbank masa ni dah habis..mujur Mr A bawak laptop, kami cas satu je HP utk kegunaan.

Ci Wan sambung lagi lepas ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...