Saturday 14 June 2014

Agar-Agar Sirap





Malam ni ada kenduri tahlil di rumah pengasuh anak-anak saya iaitu Kak Syidah yang kematian suaminya  arwah Abang Aziz akibat sakit jantung minggu lepas. Terpandang agar2 bertali yang dah lama dalam kabinet, saya keluarkan dan buat agar-agar sirap untuk dibawa malam ni.

Bahan-bahannya;

100 gram agar-agar bertali dibasuh dan direndam sekejap.
1 kg gula
2 helai daun pandan
Sirap secukup warna
16 gelas air
2 ketul gula batu - hari ni saya tak letak, maklumlah tak plan nak buat.

* agar2 yang terhasil adalah pejal dan sesuai untuk majlis kenduri. Jika mahu lebih lembut macam jelly biasa boleh tambah air.

Cara-caranya;
  1. Masukkan 16 gelas air ke dalam periuk besar.
  2. Masak air hingga menggelegak.
  3. Masukkan agar2 yang telah dibasuh, direndam dan ditoskan.
  4. Masak hingga agar2 larut.
  5. Masukkan gula dan gula batu serta sirap dan daun pandan.
  6. Masak hingga menggelegak kuat.
  7. Tutup api.
  8. Dituang ke dalam bekas sambil ditapis untuk mengeluarkan sebarang ketulan atau bahan yang tidak larut.
  9. Sejukkan.

3 comments:

  1. Salam Cik Wan,

    Dah lama tak nampak? Mana menghilang?

    Dah laaaammaa tak makan agar-agar sirap ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Honey..sibuk sangat sebelum ni..dapurpun jarang2 berasap hehehe
      Agar2 ni selalu ada waktu kenduri di kampung, salah satu menu wajib di sana.

      Delete
  2. Salam kenal... Cik Wan. Di tengah hari yang panas terik ni... terliur pula bila tengok agar-agar sirap yg merah menyala tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...