Friday, 2 May 2014

Kek Mentega ala raya zaman dulu

Kek mudah resepi dari pengasuh anak2 saya yang kami panggil Nek Shidah. Sedap dan memang puas hati makan..teringat nostalgia masa raya dulu-dulu..bakar kek ni dalam oven bulat dan dipukul menggunakan pemukul telur bahulu.
Memang mudah membuatnya.

Bahan-bahannya;

2 cawan tepung gandum di ayak bersama dengan 1 sudu kecil baking powder
2 cawan margarine- saya guna mentega
2 cawan gula kaster/halus- manis ni, kalau tak suka boleh kurangkan jadi 1 1/2 cawan sahaja
4 biji telur saiz M
2 penutup botol esen vanilla- lebih kurang 1 sudu
Pewarna yang disukai


Cara-caranya;
  1. Panaskan oven 180 darjah C dan sediakan dulang pembakar.
  2. Pukul gula dengan margarine hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu dan dipukul hingga kembang.
  4. MAsukkan esen vanilla.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan.
  6. Bahagikan kepada 3 bahagian dan kaupbalikkan dengan warna yang disukai.
  7. Tuang satu senduk adunan kek berwarna merah ditengah-tengah loyang. Ketuk sedikit loyang untuk menurunkan adunan. Sendukkan adunan warna hijau dan letakkan ditengah-tengah adunan merah. 
  8. Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan.
  9. Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar dalam 35-40 minit.
  10. Cucukkan lidi/chopstik ke dalam kek dan jika keluar bersih maksudnya kek dah masak.
  11. Sejukkan sebelum dipotong...yummy!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...