Tuesday, 4 March 2014

Bendir Goreng Ringkas-ringkas je


Resepi ni memang ringkas sesangat..hehehe. Sebenarnya masa beli hari tu niat nak buat singgang je tapi disebabkan dah ada kuah lauk gulai telur itik, maka saya gorengkan saja bendir ni.

Bahan-bahannya;
Bendir secukupnya- dibasuh bersih sebelum dipotong.
Segenggam udang kering
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 biji cili padi
1 biji telur
1 keping asam
Kicap manis secukupnya
Garam jika perlu.

Cara-caranya;
  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah hingga lumat.
  2. Masukkan sekali udang kering dan cili padi- tumbuk kasar.
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik wangi dan garing sedikit.
  4. Pecahkan telur ke dalam kuali, biar sebentar sebelum dikacau.
  5. Masukkan bendir dan asam keping, kacau sedikit dan masukkan kicap secukupnya.
  6. Rasakan sama ada masih perlukan garam atau tidak. Jika perlu, tambahkan sedikit garam. Siap.

4 comments:

  1. Hi Cik Wan! Nak panggil Cik Wan ke Cikgu?

    Laaamaa tak makan ni tau! Nanti nak masak lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana2pun boleh...panggillah yang mana selesa. Lepas masak jangan lupa upload kat blog yer...cantik sungguh gambar2 yg Honey ambik..tak puas menengok...so freshhhh

      Delete
    2. Cik Wan lah nak? :) Lebih mesra gitu!

      In shaa Allah, kalau ada kesempatan boleh lah masak. Masak hari minggu aje sebab weekdays tak sempat nak masak pun for dinner hehe

      Delete
    3. hehehe..ok jer Honey...:-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...