Sunday 19 January 2014

Mee Kuning Home Made

Senangnya suri rumah zaman ini, macam-macam alat dan perkakasan ada bagi memudahkan kerja-kerja di dapur. Yang penting ada keinginan dan semangat untuk memasak demi keluarga tercinta. Maklumlah air tangan ibu dan isteri ni tiada bandingannya apatah lagi jika semua aktiviti memasak itu dimulai dan disulami dengan ayat-ayat suci Al-Quran...maka bertambah lagi keberkatan hidangan kita nanti in sha Allah.

Mee kuning ni saya buat menggunakan mesin Falcon Pasta Maker. Tak sampai 20 minit dah siap mee kuningnya. Saya ikut sukatan dalam modul. Sebelum ni saya gunakan mesin mee biasa tu..yang kena pusing2 pakai tangan tu...ambil masa juga untuk membuatnya apatah lagi kalau kita tak biasa menggunakannya. Nah..pakai mesin Falcon ni...cepat saja beresnya hehehe.
Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahannya;
480gm tepung gandum
200ml cecair (terdiri drp 1 biji telur dan air)
Sedikit pewarna kuning- saya gunakan serbuk kunyit.
(Boleh tambahkan 1 sudu kecil air abu kalau suka)

Cara membuatnya;
  1. Sediakan air panas untuk merebus mee.
  2. Masukkan semua bahan dalam mesin, uli sebentar dan extrude.
  3. Masukkan dalam air panas dan rebus sebentar.
  4. Keluarkan, toskan.
  5. Masukkan sedikit minyak masak dan daul rata supaya mee tidak melekat.
  6. Goreng seperti biasa.








In sha Allah. bersih, halal dan sedap :-)

4 comments:

  1. Replies
    1. Air abu atau air soda untuk buat mee atau rendam sotong kering. Air abu ni ada sejarah panjang dari Negara China dalam penghasilan mee di sana zaman2 dolu..heheh Katanya zaman2 dulu org kita ambil abu dapur (yg gunakan kayu api dari pokok2) dan dimasukkan air, dibiarkan abu mendap dibawah dan air jernihnya dipanggil air abu untuk buat mee kuning..hebatkan? Ada dijual di kedai2 bakeri. Kalau taknak guna boleh guna air kapur je.

      Delete
  2. Replies
    1. sama malahan lebih sedap lagi macam mee kuning zaman2 dulu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...