Sunday, 24 November 2013

Ketupat Palas Kelantan

Ketupat penuh cerita..

 Lama sungguh dok simpan gambar buat ketupat ni. Tak sempat-sempat nak upload, sebelum hilang atau lupa terus..hari ni masukkan semoga boleh menjadi panduan untuk siapa yang nak belajar buat ketupat palas. Saya pun sebenarnya tidak berapa pandai terutama sekali kalau buat 100% sendiri seperti yang saya buat ni. Hampir menangis bila mengenangkan pengalaman sedih buat ketupat ni , juga masa nak membungkusnya sorang-sorang.

Punya banyak plan nak dibuat untuk sambut Hari Raya Haji kali pertama di rumah baru..dan kali kedua di KL setelah 17 tahun kahwin....Akhirnya memang benar manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Gigi beraham bungsu saya buat hal hingga 3 injection dan pain killer tidak memadai. Saya hampir pengsan serta kaki tangan sejuk menggigil kerana sakit yang teramat. Subhanallah. Benarlah orang kata sakit yang paling sakit ialah sakit bersalin dan yang kedua sakit gigi hehehe.

Saya kukus pulut ni lebih kurang pukul 10 malam Isnin (ingat nak  bungkus lepas balik sekolah tengah hari tu) ...tapi sebab tak tahan sakit hanya mampu  bungkus pada 9 malam Selasa (Raya Haji)..bayangkan!! Saya gagahkan juga takut pulut basi dan lagipun takut tak ada apa yang boleh dimakan pagi raya tu. Menu nasi dagang entah ke mana sebab petang tu bila hubby pergi cari ikan tongkol dan ayam..seluruh kedai berdekatan dengan Saujana Impian hingga ke Kajang dah habis stok. Pukul 12 malam saya ajak dia ke Pasar Borong Selangor...pun dah habis stok dan hampir semua kedai tutup...huhuhuhu sadis!!!

Pagi raya tu saya menangis masa telefon Mek...yang geramnya depa yang di kampung semua dok gelakkan kita..huuuaaaa!!!!.

Jom, kita tengok bahan untuk buat ketupat ni.

Bahan-bahannya;
1 kg beras pulut, dibersihkan dan direndam sejam dua.
1/2 santan pekat (saya gantikan dengan 3 biji kelapa parut- ambil 1 gelas pati santan pekat dan 1 gelas santan cair)
1/2 kg gula
1 kepal garam buku di bahagi 4 (1/4)- saya guna garam mesin..jadi saya masukkan sikit2 dalam santan dan rasa.

Cara-caranya;
1. Sediakan daun palas terlebih dahulu. Basuh setiap pelepah dan gantung/jemur(zaman dulu kami tak basuhpun, tapi mak mertua saya sangat cermat..dia basuh satu persatu. Bila saya ke kedai tengok tempat jual daun palas tu..sayapun basuh jugak hehehe)

Daun palas perlu di buka..dan disimpul bentuk ketupat sebagai acuan untuk memudahkan membungkus nanti.


Siap untuk digunakan. Yang ini hasil pertolongan Alis dan Aifaa.
2. Sediakan santannya. Ada orang gunakan santan mentah. Saya masak santan dengan garam terlebih dahulu hingga menggelegak. Ketupat tahan lebih lama.
Yang saya punya ni terlebih santan..ketupat saya jadi lembik sikit tapi....yummeh!! hehe
3. Kukus pulut kali pertama. Bila dah naik wap seketika, keluarkan dan kacau sebati dengan santan cair.
Kukus semula.
Arung/kacau selepas kukus kali pertama.
4. Kukus kali kedua hingga naik wap lagi untuk beberapa ketika, boleh tengok pulut dah masak dan berkilat.
Keluarkan dan arung/kacau dengan santan pekat bersama-sama gula ketika masih panas-panas.
Pulut akan jadi lembik sedikit sebab masih panas. Kacau hingga berkilat dan pekat bergetah, mula-mula ringan dan senang dikacau..lama-lama jadi semakin berat dan susah ..gagahkan juga le..(bagus kalau hubby yang arung ni..poweerrr!!)..best makan time ni!!

5. Bila pulut dah sejuk (tunggu dua tiga jam hingga benar-benar sejuk) boleh dibungkus.
Sediakan air kapur. Celup jari dengan air kapur untuk elakkan pulut melekat dijari. Sumbat padat pulut sebelum dibungkus.(ni yang den lomah ni heheh)

Dalam sakit-sakit tu, sempat saya bungkus dalam 75 biji 40 biji saya masukkan inti serunding daging (tangkai ketupat saya potong panjang) dan 35 ketupat tanpa inti (tangkainya pendek).

6. Kukus ketupat selama 2 (dua) jam!!!. Barulah ketupat benar-benar masak dan sebati..pendek kata 3-4 hari tu tak akan basi lah..done!!.

Tangkai panjang ada serunding, tangkai pendek tiada...kecik besar ketupat ku..hahaha


 Dah beres...agak-agak raya tahun depan dah boleh buat tak? Boleh aja kan? belum cuba belum tahu..selamat mencubaaa!!!



5 comments:

  1. Lucu ada, kesian pun ada bila baca entri ni... saya lagilah kalau buat ketupat palas sorang2 memang tak jadik punya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..tu la Amie ..pengalaman jadi guru yg terbaik....len kali nak buat ketupat kena buat gotong royong..hahaha

      Delete
  2. Egh egh egh!!!��

    ReplyDelete
  3. Terima kasih...
    Minta kongsi...
    Saya pun baru kali pertama buat.... Rasanya yg saya punya kurang segala2nya... Xlemak, xmanis dan xmasin...
    Apa2pun saya berjaya juga membungkus dan merebusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama dan tahniah!!! bila cuba kali pertama..akan ada kali kedua dan seterusnya..in sya Allah makin expert nanti

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...