Thursday, 5 September 2013

Agar-agar Santan

Sudah bertahun tak buat agar-agar santan ni, resepinya memang dah lupa cuma ingat bahan-bahannya saja. Lepas tu malas pulak nak cek resepi-resepi kat internet untuk dapatkan sukatan yang tepat, maklumlah impromptu punya projek, jalan sajalah hehehe

Kalau zaman dulu untuk mendapatkan agar-agar yang cantik dan tidak berair, gula batu akan dimasukkan seketul dua tapi kali ini gula batu entah ke mana hahaha, memang ada sedikit berair di bahagian bawah loyang tu tapi rasanya tetap sedap, alhamdulillah.

Bahan-bahannya:
25gm agar-agar
4 cawan air
2 keping gula melaka
1 gelas gula putih
1 biji kelapa parut
1 biji telor
1 cawan air untuk memasak gula melaka hingga hancur
2 helai daun pandan
12 kuntum bunga cengkih
1 1/2 cawan air untuk santan

*keseluruhan sukatan air ialah  6 1/2 atau 7 cawan termasuk  santan.

cara-caranya:
  1. Masakkan gula melaka bersama-sama daun pandan dan bunga cengkih hingga hancur- tapiskan.
  2. masakkan agar-agar bersama-4 cawan air hingga hancur.
  3. Masukkan gula putih dan air gula melaka. Masak lagi.
  4. Sambil itu, ramaskan kelapa parut dengan telor.
  5. Kali pertama diramas guna 1 cawan air
  6. Ramas lagi kali kedua-guna 1/2 cawan air
  7. Bila agar-agar menggelegak, masukkan santan dan kacau.
  8. Bila menggelegak lagi boleh tutup api.
  9. Masukkan dalam loyang dan sejukkan.
*untuk dapatkan lapisan seperti di dalam gambar pastikan loyang yang digunakan tidak terlalu besar.

Selamat mencuba :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...