Friday, 10 May 2013

Pulut Inti

Sayang sungguh tidak ada daun pisang untuk membungkus pulut inti ni petang tadi, kalau tidak lebih cantik dan wangi bau pulut ni kan? Saya suka kuih ini tapi pulut yang sungguh lemak dan manis ni tidak boleh dimakan banyak-banyak. Muak rasanya hehehe. Tapi alang-alang buat saya niatkan juga untuk jiran-jiran sekeliling rumah. Alhamdulillah. Sharing is caring kan?

Inti kelapa ini saya buat semalam untuk kuih ketayap, kurang menjadilah pulak dadarnya. Saya buat dalam 5 biji sahaja kuih tu, itupun tak habis. Budak-budak tak berapa suka. Jom kita tengok bahan untuk membuat intinya.

Bahan-bahan inti kelapa (Boleh disediakan lebih awal)
1 biji kelapa parut putih, seeloknya yang muda.
1 ketul gula melaka
1 senduk gula pasir
1 sudu teh garam
1/2 cawan air
1 helai daun pandan dikoyak dan disimpulkan.

Cara-cara membuatnya;
  1. Masukkan air ke dalam kuali bersama-sama gula melaka yang dihancurkan, gula pasir dan garam.
  2. Bila mendidih dan gula hancur, masukkan kelapa parut bersama-sama daun pandan.
  3. Kacau hingga inti menjadi lembab seperti di dalam gambar.



 Bahan untuk pulutnya;
3 pot beras pulut dibersihkan dan direndam sekurang-kurangnya 2 jam.
1 biji kelapa diambil pati santannya (dalam 1 1/2 cawan)
1 sudu teh garam (masukkan dalam santan)
2-3 helai daun pandan untuk alas pengukus dan untuk mewangikan pulut.

Cara-cara memasaknya;
  1. Kukus pulut kali pertama hingga naik wap.
  2. Bila naik wap keluarkan dan sedia untuk digaul dengan santan.


Selepas kukus kali pertama.

   3. Masukkan santan dan kacau sebati dengan senduk kayu untuk mengelakkan butir pulut putus/hancur.
  
Kukus kali kedua.
  4. Selepas digaul sebati, kukus semula pulut hingga naik wap.
  5. Selepas naik wap, keluarkan pulut. Buang daun pandan yang menjadi alas kukus tadi.

Selepas kukus kali kedua.

     6. Semasa pulut panas-panas, kacau lembut hingga pulut menjadi bersinar dan sebati seperti gambar 
         dibawah.

Pulutnya lembut dan berkilat selepas dikacau lembut.

7. Dah siap. Kalau ada daun pisang bolehlah dibungkus dan diletakkan inti kelapa di atasnya. Saya??? apa
    yang ada je lahhh..hehehe.

Selamat mencuba :-)




4 comments:

  1. Sedap tu Cik Wan... saya suka makan pulut inti, tak pandai muak he he eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe Amie tak boleh makan lagi..kena pantang beras pulut ni lama sikit. Sejukk. Saya sebenarnya lebih suka makan pulut dengan kelapa dan ikan masin..confirm tak muak hehehe

      Delete
  2. lamo tak makan pulut ni.favourite sebenarnya.tapi tak apalah cuti ni cari kedailah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yo ko? ingat suka pulut nyor ikan kering macam za jugok..balik cuti ni boleh carilah, tapi yang lemak manis betul payah lah sikit nak jumpa..kena buat sendiri baru puas hati :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...