Thursday 24 January 2013

Brokoli Goreng Cina

Ini menu sayur beberapa malam lepas..hanya sempat snap gambar tapi tak sempat nak upload..sibuuukkk manjang!!
Ada dua cara nak masak sayur ni dan hasilnya juga agak berbeza. Cara yang mudah ialah dengan menumis semua bahan tumisan dan masukkan sayur sekali gus. Tapi cara yang paling saya suka ialah seperti di bawah ini kerana hasilnya lebih cantik dan rangup.

Bahan-bahannya;

1 pokok brokoli- dipotong setiap kuntum/dahannya.
1 genggam kacang pea-disiang
1/2 biji cili benggala merah-dipotong ikut suka
1/2 biji cili benggala hijau-dipotong ikut suka
10 ekor udang dibuang kulit

5 ulas bawang putih -dicincang halus/tumbuk
10 biji lada hitam ditumbuk
3 sudu sos tiram
1/2 sudu minyak bijan
1/2 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air
garam
gula

Cara-caranya;
1. Panaskan air untuk merebus sayur dahulu. Masukkan sedikit minyak dan sedikit garam untuk mengekalkan warna sayur.
2. Bila menggelegak, masukkan kacang pea dulu....selepas satu minit masukkan brokoli. Agak-agak brokoli dah separuh masak, keluarkan sayur dan masukkan dalam air sejuk/air batu. Tinggalkan.
3. Tumiskan bawang putih. Sudah garing masukkan udang. Goreng hingga udang hampir masak.
4. Masukkan sos tiram dan lada hitam. Kacau.
5. Masukkan minyak bijan dan air tepung jagung, garam dan gula jika suka.
6. Kacau hingga kuah masak/berkilat, baru dimasukkan cili benggala  potong.
7. Tapiskan sayur rebus tadi, masukkan dalam kuah . Kacau sebati..siiiaaaap.
 Sayur ni lebih sedap kalau kuahnya banyak sikit.

Selamat mencuba!!!

6 comments:

  1. Replies
    1. Brokoli dimasukkan dalam air sejuk untuk menghentikan kepanasan akibat daripada dicelur tu..barulah brokoli tu rasa crunchy dan tidak lembik atau terlalu masak.

      Delete
  2. kenapa tak terus masukkan sayur kedalam bahan tumis td tanpa dicelur terlebih dahulu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...