Tuesday 31 December 2013

Doakan Mek

Salam,

Dah lama saya tidak memasukkan entri baru...sejak balik kampung baru-baru ni memang tak boleh update sebab line di sana memang slow. Lepas balik kampung sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang bakal dibuka pada 2/1/2014.

Mungkin saya akan ambil masa yang agak lama untuk memasukkan entri baru. Saya tahu bukan ramai sangat yang singgah di blog kerdil ini tapi untuk pengunjung yang setia dengan saya..saya tidak mahu kecewakan anda setiap kali klik masuk masih gambar yang sama tak bertukar ganti entrinya. Maafkan saya. Sebenarnya bonda saya dalam keadaan yang agak kritikal dengan pelbagai komplikasi kesihatan dan seluruh sekeluarga dalam situasi yang agak tegang,  risau bimbang dan macam-macam lagi.

Kawan,
Doakan Mek saya..semoga Allah sembuhkan beliau kembali seperti sediakala, dan semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk beliau..amin.

Mek yang ceria..

Semoga Mek sembuh kembali..

Wednesday 18 December 2013

Rendang Daging Utara Lagi (2)


.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

Saja jer nak tunjuk rendamg utara live dari kuali  di atas dapur.
Ni tengah nak tunggu daging empuk sebelum dimasukkan santan dan bahan2 lain.
Resepi ada kat SINI ye....sedap betul tadi kami makan buat teman nasi lemak...alhamdulillah.

Sup Cendawan Ringkas Mudah dan Sedap


Memang mudah dan ringkas sesangat dan sangat sedap kerana saya memang sukakan masakan cendawan, pendek kata semua jenis cendawanlah hehehe.

Bahan-bahannya;

1/2 peket besar cendawan tiram- saya beli kat Tesco, ada jual peket besar. Kalau tak, guna 2 peket kecil.
2 ulas bawang putih
1 kiub ayam
1 tangkai akar ketumbar-optional

untuk hiasan;
Limau nipis
Cili api

Cara-caranya;
  1. Tumiskan bawang putih hingga perang.
  2. Masukkan 2 1/2 mangkuk air.
  3. Masuukkan kiub ayam dan akar ketumbar
  4. Masak hingga menggelegak.
  5. Masukkan cendawan. Tunggu sekali menggelegak. Angkat. (kalau kurang masin boleh tambah garam)
  6. Hiaskan dengan hirisan cili padi dan perahan asam limau...slurrppp!!!

Kerabu Mangga dengan Peria

Selalunya saya jadikan buah peria sebagai ulam mentah sahaja, setiap minggu saya akan beli dalam 3-4 biji peria segar dari Pasar Borong Selangor. Tapi hari ni rasa teruja nak buat kerabu bila melihat ACAR PERIA dari blog Amie's Little Kitchen, bukan tak mahu buat acar tapi bahannya tak cukup..tambah2 ada pulak dalam peti sejuk buah mangga muda dan daun ketumbar. Apa lagi, kerabu siamlah jadinya hehehe.

Bahan-bahannya;
2 biji mangga muda di sagat
1 biji buah peria- hiris nipis, rendam dan ramas dengan air garam utk kurangkan pahit. Perah kering.
2 biji cili padi-potong kecil2
1 tangkai daun ketumbar-hiris kasar
2 ulas bawang merah-mayang nipis
Sos ikan- boleh ganti dengan garam
Gula secukupnya
1 biji asam limau nipis di ambil airnya.

Cara-caranya;

  1.  Satukan semua bahan sayur dalam mangkuk.
  2. Masukkan sos ikan, gula dan air asam limau nipis.
  3. Gaul sebati, rasakan masam manis masin. Siap.

Tuesday 17 December 2013

Pulut Sekaya


Bila ralit dok blogwalking. macam2 resepi kita nampak..mulalah tekak teringin itu dan ini ...tak pasal2 cari pasal dan cari kerja..hahaha. Ini penangan ternampak Resepi Pulut Sekaya atau Tok Aji Serban dalm blog Azie Kitchen..tekak terus teringin nak makan.

Dah bertahun saya tak buat kuih ini sebab anak2 tak suka dan selalu kalau buat mesti ada lebih sebab saya tak pandai nak kurangkan kuantiti..maklumlah..alang2 buat biar seloyang betul tak?.

Tapi biasalah, kalau dah lama tak buat..macam2 kesilapan boleh berlaku. Jumlah sukatan yang saya gunakan memang tak ada masalah, memang menjadilah..masalahnya teknik saya silap. Sepatutnya bahan telur mesti ditapis sebelum dituang ke atas pulut..tapi saya lupa. Mungkin sebab air gula melaka saya dah tapis dulu, tu yang tak ingat..aduh..sedar2 lapisan telur dah beku baru nampak bertompok2 tak cantik. Jadi kalau sesiapa nak cuba, tolong tapis yer..kalau tak, jadi macam ni...


Tak apalah, lain kali bila nak buat kena beringat2 supaya hasilnya puas hati..betul tak?
Jom kita tengok bahan-bahannya.

 Bahan untuk lapisan atas/telur;
1 ketul gula melaka
1 senduk gula
1 cawan air
1 helai daun pandan
2 kuntum bunga cengkih
 *semua bahan diatas disatukan dan dimasak hingga likat. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam telur.
6 biji telur ayam

Cara-caranya;
  1. Satukan telur di dalam bekas. Pukul sekejap.
  2. Tuang air gula melaka ke dalam telur. Kacau sebati.
  3. Tapiskan bancuhan ke dalam bekas lain sebelum dituang ke atas lapisan pulut.
  4. Masukkan semula bunga cengkih tadi ke dalam bancuhan telur dan akan dikukus bersama.


Bahan untuk lapisan pulut;

2 cawan beras pulut direndam sejam dua, bersihkan dan tos kering.
1 kotak santan 200ml- saya guna kotak yang warna putih hijau
1 sudu kecil garam
Sedikit air.

Cara-caranya;
  1. Sediakan kukusan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang.
  3. Masukkan santan + air + garam supaya lapisan santan separas dengan lapisan pulut.
  4. Kukus pulut hingga masak.- sambil2 di kacau sedikit supaya santan + pulut sekata.
  5. Keluarkan loyang.
  6. Kacaukan pulut di dalam loyang dengan garfu untuk sebatikan santan.
  7. Bungkus tangan dengan tuala, masukkan dalam plastik bersih dan tekan2 lapisan pulut hingga padat.
  8. Dah padat dan rata, cucukkan dengan garfu, sedia untuk dituangkan bancuhan telur.
  9. Kukus hingga lapisan telur beku.
  10. Keluarkan dari kukusan...lebihan air di atas lapisan telur boleh dilapkan dengan tisu dapur. Siap.

Rasanya lemak manis dan wangi dengan daun pandan serta bunga cengkih.
 Selamat mencuba..

Monday 16 December 2013

Somtam Mangga

Menitik air liur hehehe
Selalunya kita gunakan betik  untuk buat somtam...tapi kali ni saya gunakan mangga muda. Bukan apa, bahan-bahan untuk buat somtam memang ada di rumah, masalahnya tak jumpa pula betik mengkal/separuh masak..apa lagi, tak adar rotan, akar pun berguna nampaknya hahaha.

Bahan-bahannya;
3 biji mangga muda jenis epal (kurang masam)- sagat halus
3-4 tangkai kacang panjang- potong dalam 2 inci
1 biji buah tomato-potong baji
4 biji cili padi- nak pedas boleh tambah lagi
2 peket kecil udang kering-goreng tanpa minyak-saya guna microwave jer..
1/2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak
2 sudu gula somtan (Rujuk gambar di bawah)
Sos ikan secukupnya.
2 biji limau nipis- ambil airnya.

Cara-cara menyediakan somtam;
  1. Masukkan cili padi dalam lesung- lenyekkan atau tumbuk manja
  2. Masukkan udang kering-tumbuk manja
  3. Masukkan kacang panjang- tumbuk manja
  4. Masukkan tomato baji- tumbuk manja
  5. Masukkan gula somtam-lenyekkan semua bahan. Masukkan sos ikan dalam 2 sudu.
  6. Masukkan asam limau.
  7. Tuangkan kesemua bahan tumbuk kedalam bekas berisi parutan mangga. Rasakan biar masin, manis dan masam secukupnya.
  8. Masa hidang, taburkan kacang tanah. (kalau ada letakkan setangkai kangkung muda..yummehhh)


Gaul sebati..kalau ada lesung kayu, semua ditumbuk dan digaul sebati di dalamnya..saya tak ada lesung tu :-)

Gambar dari entry lama..GULA SOMTAM ialah yang paling kiri dalam plastik tu.

Ha...lenkali kalau pi jalan2 ke Kelantan, masukkan item GULA SOMTAM dalam senarai beli belah anda selain daripada kain batik, cenderamata, toto dan lain-lain....hehehe...bye

Laksam

Laksam aka LAKSE :-)
Menu sarapan Sabtu lepas..hehehe lamanya baru sempat upload..
Laksam terhebat dan masih tak dapat ditandingi ialah laksam yang dibuat oleh mek..lamanya tak makan. Mekpun tak berapa sihat sekarang ni..takut meletihkan dia kalau nak dia buat..semoga mek cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala..amin.

Dah bertahun saya tak buat laksam ni. Selalu pakai laksa saja sebab mudah. Anak-anakpun tak berapa suka laksam berbanding laksa. Masak laksam kali ni saya pakai trial and error je..dua tiga keping jugalah yang masuk tong sampah sebelum jadi elok...hehehe

Mek saya dulu gunakan beras untuk buat laksam untuk dijual setiap hari selasa di Pasar Selasa Kg Kedai Menanti. Rendam beras semalaman sambil dua tiga kali ditukar airnya. Mesin pada  pagi Isnin. (sebelum ada mesin kami kena kisar guna pengisar,  bayangkan segantang besar nak dikisar..aduhhh berjam-jam lamanya).
Lepas solat zohor mula mengukus hingga ke asar. Dah siap..susun dalam talam, tutup dengan kain nipis. Cantik serta pejal  bila digunting esoknya.

Sebab itu, yang cantiknya kalau nak makan laksam, kukus dulu malamnya untuk di makan esok. Baru hasilnya cantik. Kalau dikukus..lepas tu terus dimakan memang tak berapa nak jadi.

Faktor yang sangat penting dalam membuat laksam adalah jenis tepungnya... tepung dari beras usang dan beras baru lain kemenjadiannya...jadi jangan kecewa kalau kita dah ikut resepi tapi tak berapa nak jadi..yang dah biasapun kadang-kadang tak jadi..hehehehe. Buat dulu sekeping dua baru kita ejas balik ikut kesesuainnya.


Bahan-bahannya;

500gram tepung beras (1 peket kecil)
1 sudu tepung ubi
1/2 sudu kecil garam
7 1/2 gelas - 8 gelas air (saya guna gelas plastik Ikea)

Cara-cara;
  1. Campurkan semua bahan hingga sebati.
  2. Kukus.(Bila lapisan laksam menggelembung, boleh angkat *dalam 2 ke 21/2 minit)

Selepas dikukus, angkat dan sandarkan ke dinding seperti ini..untuk keringkan air di lapisan atas laksam dan untuk sejukkan. Dah sejuk sikit atau suam2..bolehlah digulungkan. Yang ni trial and error..1 senduk bancuhan macam tak cukup tebal..saya tambahkan jadi 1 1/2 senduk untuk lapisan yang sedang elok.
Hasilnya...tak lulus lagi ni kalau mek tengok hehehe.
Untuk kuahnya boleh rujuk resepi KUAH LAKSA, tapi saya buat beberapa perubahan di mana saya bakar sekejap halia dan bawang putihnya untuk menaikkan aroma. Tapi untuk 500gm tepung laksam ni..saya rasa kuantiti kuahnya cukuplah separuh daripada sukatan  dalam resepi ini.


Kuah yang sedang menggelegak.


Sambal belacan- cili kering + belacan + garam diblend lumat.
Untuk ulam saya hanya gunakan kubis, bunga kantan, daun kesum dan kacang panjang..selamat mencuba

Happy birthday Kakak Alis

Masa umur 5 tahun..cepat sungguh masa berlalu...
.
.
.
.
.
Sweet 17...Semoga dalam lindungan Allah selamanya
Untuk birthday kali ni tak ada yang istimewa sangat..tiada kek2 bagai...kakak hanya minta kami belanja makan di Tokio Cafe di Cyberjaya..this time mama's treat..hahaha.
Ini antara menu yang kami pilih..malangnya dah hampir habis makan baru ingat nak snap gambar..hahah
.
.
.
.
.
Marinara Seafood Spaghetti pilihan birthday girl
.
.
.
.
.
Cheese Pasta pilihan Kak "Aifaa
.
.
.
.
.
Pilihan mama ngan abah..Olio Spaghetti..
.
.
.
.
.
Dory Fish  untuk Zahirah..
.
.
.
.
.

Happy birthday Kakak!!!!

Makan Malam di Tupai2



Hari Sabtu lepas kami sekeluarga ke Restoran Tupai2 dekat dengan Istana Negara Lama. Dok menunggu plan main bowling dengan family petang tu..dah tak jadi kami ubah plan ke Tupai2 pulak..cantiikkk punya ubah kan?? Kalau macam ni, banyak kali ubah pun tak apa..hahaha Terima kasih pada hubby yang belanja kami makan yang sedap hari tu. Di bawah ni saya tunjukkan menu yang kami pilih petang tu..yummyyy!!!

.
.
.
.
.
Baby Buncis Masak Sambal

.
.
.
.
.
Butter Prawn
.
.
.
.
.
Siakap Goreng Sos Lada Hitam Mentega
.
.
.
.
.
Ketam Goreng Telur Masin
.
.
.
.
.
Udang Air Kelapa
.
.
.
.
.
Dalam banyak2 benda kat restoran Tupai2 ni..Iguana ni jugak yang diterkam Si Zahirah dan Zikry..

Tuesday 10 December 2013

Mihun Sup Tersangatlah Ringkas


Tu dia...masak mihun sup ni sebab dah tak ada idea nak bagi sarapan untuk anak-anak. Kebetulan masih ada sebelah lagi ayam dalam freezer, saya buatkan menu ni walaupun tak ada daun sup dan rempah sup. Tapi hasilnya sangat menyelerakan dan tidak terlalu berat sesuai untuk sarapan pagi.

Bahan-bahan untuk sup;

1/2 ayam- potong dua dan rebus. Masukkan sedikit halia dan bawang putih bersama-sama garam.
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
5 ulas bawang merah dimayang nipis.
Akar daun ketumbar-optional

Cara-cara;
  1. Ayam yang sudah empuk ditoskan untuk dicarik2 isinya.
  2. Tumiskan kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bawang merah dalam kuali hingga naik bau.
  3. Tuang ke dalam kuah sup tadi.
  4. Masak hingga menggelegak dan rasakan garamnya. Siap.

Bahan untuk sos kicap;
6-8 biji cili api
1/2 cawan bawang goreng
Sedikit halia
5 ulas bawang putih
Air asam jawa secukupnya.
Garam

Cara-cara;
Blend semua bahan hingga lumat.

Mihun direbus dan masukkan pewarna kuning untuk menaikkan seri..hehehe. Toskan.
Daging ayam dicarik-carik.
Saya gunakan daun ketumbar dan cili hijau sebagai hiasan (apa yang ada di dapur saja..haha)


 Hidang seperti dalam gambar...sluuuurrrppp :-)



Sotong Goreng Kunyit Lagi


 Resepi mudah tapi sungguh menyelerakan. Kena pulak dengan nasi panas-panas..alamakkk!!!
Resepi memang dah ada kat SINI . Dah pening tak tahu nak masak apa untuk anak-anak masa cuti-cuti ni
, jom kita goreng sotong kunyit :-)



 

Thursday 5 December 2013

Red Velvet Brownies

Kali pertama cuba buat RVB ni..alhamdulillah, boleh tahanlah :-)

Semalam kelas tingkatan lima saya buat farewell party di sekolah. Last minute punya program, apa lagi ..ramai yang datang dengan tangan kosong la sebab dapat maklumat pada tengah malam tu.. tak sempat nak prepare apa2 lah.

Saya sempat juga menyediakan spagheti bolognaise, kek red velvet dan brownies. Si Hafiz merangkap  orang penting majlis membawa pinggan mangkuk, air dan sempat menggoreng samosa yang sangat sedap hehehe. Maizatul bawa kek batik, Safiah aka Peah bawa mee goreng, Tehah bawa roti pizza dan ada juga yang bawa coklat dan jajan2 lain. Si Alip dapat sponsor dari ayahnya untuk beli pizza tapi sebab PHD  lambat buka, saya top-up sikit lagi untuk beli 2 bucket KFC..then datang lagi Puan Nizayati bawak carbonara spagheti..alhamdulillah, sederhana tapi meriah majlis kami..bila lagilah dapat jumpa dengan mereka semua ni..
Gambar kelas masa persiapan SPM baru ni
Helo....helo...jom balik semula ke resepi RVB kita..hahaha

Resepi untuk kek saya ambil dari resepi asal saya dalam blog ni (RUJUK DI SINI) tapi untuk topping saya guna resepi dari blog Dari Dapur Kak Yah.

Tapi biasalah orang keras tangan ni..hasil tak serupa orang lain..comot sengoti..hahaha.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaa....frust tertonggeng sebab timing bakar 25 minit tanpa jenguk2 sebab sibuk 
dok mendeko RVC topping hangus sikit..lenkali kena kurangkan ke 18-20 minit aja..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jadilahhhh, untuk orang yang tak pandai baking cam saya ..hehehe


Saturday 30 November 2013

Tomato Bakar Untuk Sarapan





Beberapa tahun lepas ketika menginap di sebuah hotel di Sauerlach, sebuah kawasan kampung di Munich, hidangan tomato bakar ini menjadi menu wajib yang sentiasa ada ketika bersarapan. Saya memang suka kerana rasa tomatonya yang sangat segar dan manis. Tapi saya sudah lupa apa rasa herba yang digunakan dan saya tak jumpa pula resepi ni di mana-mana. Kalau ada sahabat yang tahu dan biasa buat, bolehlah share dengan Cik Wan yer..macam kempunan jerr...macam teringin jer..hehehe

Bahan-bahan yang saya guna hari ni, macam biasalah tabur-tabur jer..hahaha. Tapi sungguh!! sedap dan segar rasanya serta sangat juicy. Buah tomato yang masam jadi sedikit manis dan saya boleh habiskan 2 biji tomato yang besar (4 belahlah tu :-))..agak-agak kalau tak bakar ni, boleh habis tak 2 biji besar tomato mentah?..heheh

Bahan-bahannya:

4 biji tomato dipotong dua.
1 sudu serbuk daun basil
Sedikt garam
Sedikit serbuk mixherb
Minyak zaiton.

Cara-caranya;

  1. Susun buah tomato dalam bekas.
  2. Tabur rata semua bahan diikuti dengan minyak zaiton  ke atas belahan tomato.
  3. Bakar dalam 7-8 minit.
NOTA PENTING
Tomato yang saya makan dulu agak basah dan tiada kesan bakar..adakah sebenarnya ia dikukus atau dibakar secara  water bath???..akan dieksperimenkan nanti..hahaha

Sarapan hari ini, tuna sandwich dan tomato bakar


Kek Pisang (2)

Memang lembab tapi at the same time..ringan..macam mana tu?..Sedap!!
Satu lagi resepi yang saya ambil dari Azie Kitchen..tapi sebab pisang yang saya ada adalah Pisang Montel yang sudah ranum sesangat dan tunggu masa untuk diselamatkan..maka saya ubahlah sikit kuantitinya jadi dua kali ganda..hehehe derhaka lagi . Bila dah memandai ubah ni, hasilnya mestilah tak sama dan tak secantik Kak Azie punya..maaf yer..



Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (saya guna 4 biji pisang montel)
1 cwn gula kaster- saya guna 2 cawan
1 cwn minyak jagung-saya guna 2 cawan
4 biji telur gred A (saya guna gred B)-saya guna 8 biji telor gred B

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum-saya guna 3 cawan
1 sk soda bicarbonat-saya guna 2 sk
1 sk baking powder-saya guna 2 sk

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis (tak letak)-saya guna 2 sudu besar sunquick oren
1sk esen vanila (guna vanilla extract)-saya guna 2 sk esen

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.

Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.

Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak.

Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam.(Saya bakar hampir 2 jam)

Tengah dok pikir nak hantar kat siapa sebab jiran baru sekeliling rumah ni tak berapa kenal lagi..

Pizza Sosej Mudah (2)


Sedap, menyelerakan...dan menjimatkan!!


Boleh letak apa yang kita suka dan banyak mana...

Saya sebenarnya jenis yang sempoi dalam masak-memasak ni....jarang gunakan sukatan dan ukuran yang dicadangkan sebab malas nak buka buku resepi ..macam manalah nak masak macam orang lain yang perfect and precise...hehehe.

Tapi mungkin ramai orang yang macam saya di luar sana kan?..masak campak-campak saja, kadang-kadang jadi kadang-kadang tidak..tiada masalah!!! hehehe

Resepi doh pizza ni saya masukkan pakai agak-agak ikut selera ...macam biasa ukuran 1 kg tepung = 1 peket mauripan yeast kan?..yg lain-lain tu saya agak-agak..tapi hasilnya alhamdulillah. Saya rujuk juga resepi doh pizza yang ditunjukkan oleh Kak Azie dari Azie Kitchen..tapi  yg Kak Azie punya sangat mabeles...lain kali saya ikut sukatan yang ini pulak lah..

Bahan-bahannya;

1/2 kg tepung high protein (tepung biasapun boleh tapi tekstur akan berbeza sedikit)
1/2 peket yeast Mauripan
1/1/2 gelas air- saya guna gelas plastik Ikea.
1 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
3 sudu makan minyak  - saya guna minyak sayur


Cara-caranya;
  1. Bancuh 1 gelas air dengan yeast dan gula..biarkan sampai berbuih.
  2. Bancuh 1/2 gelas air dengan garam.
  3. Satukan semua bahan termasuk minyak ke dalam tepung dan uli.
  4. Biarkan sebentar hingga doh naik dua kali ganda.
  5. Adunan ini boleh dijadikan 3 biji base pizza saiz besar.
  6. Saya gunakan 2 base untuk dinner malam tadi dan 1 base saya simpan dalam peti sejuk dan saya buat lagi pizza pada tengah hari esoknya..mabeles!!
Selepas diuli kali pertama.


Naik dua kali ganda, tumbuk2  doh dan bahagikan kepada 3 bahagian.
 Untuk sos;

1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar.
1 tin prego tradisional (tin merah)
1/2 tin prego air biasa
Cendawan butang secukupnya dihiris nipis
Sedikit serbuk oregano
Sedikit daun parsley.
Gula dan sedikit garam.

Cara-caranya;
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar.
  2. Setelah layu, masukkan cendawan.
  3. Masukkan sos dan air sebanyak 1/2 tin air.
  4. Masukkan oregano dan parsley.
  5. Masukkan gula untuk kurangkan masam sos dan sedikit sahaja garam.
  6. Siap.
 Untuk hiasan;

Mozarella cheese
Sosej secukupnya

Cara-caranya;
  1. Panaskan oven suhu 170 darjah.
  2. Sediakan base, letakkan di atas dulang pembakar- pizza pan yang telah di sapu minyak.
  3. Cucukkan dengan garfu pada pizza base dan bakar dulu sekejap.
  4. Bila nampak base dah naik sedikit (dalam 3-4 minit sahaja), keluarkan untuk diletakkan bahan hiasan.
  5. Sapukan sos rata2, susunkan sosej yang dihiris mengikut citarasa dan akhir sekali tabur kejunya..
  6. Bakar selama lebih kurang 15 minit atau sehingga kejunya cair dan ada sedikit perang.
  7. Wallahhhh..
Ini dari base ketiga yang mana dohnya saya simpan dalam peti sejuk semalaman..




Yummehh!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...