Friday 7 December 2012

Kerutuk Daging dan Ayam


Satu perasaan lega dapat saya rasakan bila saya mula mengumpul resepi-resepi yang dah lama terkumpul di dalam buku resepi ke dalam blog tersayang ni. Rasa lebih selamat dan senang diakses . Maklumlah buku resepi ada risiko hilang dan rosak berbanding dengan blog ni insyaAllah. Sudah ada dua tiga buah buku resepi yang sentiasa saya bawa walau ke mana saya pergi berjalan terutama sekali bila balik kampung. Sentiasa mencatat semua jenis masakan dan makanan baru atau sukar ditemui yang saya nikmati dan saya pula jenis muka tidak malu untuk bertanya cara bagaimana masakan di disediakan..hehehe

Resepi hari ni merupakan menu kebanggaan orang-orang kelate. Tetapi macam biasalah ada pelbagai versi ramuan dan juga cara memasak. Apa yang saya tulis ini merupakan versi keluarga saya yang mudah dan ringkas. Mek saya lebih gemar memasak kerutuk itik serati berbanding dengan daging. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas, pulut kuning ataupun roti jala atau roti biasa. jom kita tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan;

1 kg daging potong besar (kalau guna rempah kurma akan dipanggil daging buku besar yang dihidangkan semasa kenduri)
atau seekor ayam potong empat

1 biji kelapa ambil santan secukupnya
1/2 biji kelapa dibuat kerisek/ boleh beli yang ready made
1 peket rempah kerutuk/ 3-4 sudu rempah kerutuk-bancuh dengan air panas
Rempah 4 sekawan secukupnya-cengkih, lawang, pelaga dan bunga lawang
5-7 biji cili kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Seinci halia
Seinci lengkuas diketuk
1 batang serai diketuk
Gula melaka/gula
Garam
Sedikit air asam jawa


Cara-cara.
1. Sediakan bahan tumis:
- rempah kasar 4 sekawan
-2 ulas bawang merah dimayang
-2 ulas bawang putih dimayang
-sedikit halia dimayang

2. Bahan lain selebihnya dimesin (bawang, cili kering, halia)

3. Panaskan minyak. Masukkan no. 1, tumis hingga wangi. Masukkan bahan no.2, kacau hingga naik minyak.
4. Masukkan rempah kerutuk, tumis hingga naik minyak sambil masukkan serai dan lengkuas ketuk, garam, gula, kerisek dan air asam jawa.
5. Masukkan daging/ayam dan kacau hingga keluar air daging.
6. Masukkan santan.
7. Masakkan sambil dikacau sekali sekala sehingga santan pekat seperti di dalam gambar di atas.

Dah siap..senang je, jangan kecut perut tengok langkah-langkah tu hehehe. Macam kita masak kari je kan?.

Kalau tak ada rempah kerutuk macam mana? Boleh cuba guna rempah kari daging tapi ditambah dengan ketumbar dan jintan manis yang telah disangai. InsyaAllah bolehhh.

Selamat mencuba yer..

6 comments:

  1. Mohon halal yo kak..resepi ni dan yang laien..lain tu..he...he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...ye la...saya halalkan..selamat mencuba..ni nak masak kat rumah ke nak berniaga?, kalau masak utk anak dan isteri..untunglah si anak dan isteri..kalau untuk berniaga, saya doakan semoga maju jaya hendaknya..

      Delete
    2. memang sedap n menyelerakn saya sangat suka mkn kerukuk ni hari ni nkmasak utk kluarga..trima ksih atas resepinya semoga dmurahkn rezeki

      Delete
  2. macamana nk tahu secukupnya tu byk mana..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi susah juga ye... kalau santan sebiji kelapa tu agak2 dalam 2 cawan untuk resepi ni sebab kita nak santan agak pekat. bunga cengkih dalam 4 kuntum, kayu manis dalam 1 inci, buah pelaga dalam 4 biji dan bunga lawang 2 kuntum. Ni Cik Wan agak-agak ye sebab bila tengah masak biasanya kita campak2 je..harap dapat membantu

      Delete
  3. Kerutuk daging memang sedap kalau makan dengan pulut kuning.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...