Tuesday 4 December 2012

Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang

Resepi nasi dagang dah bagi, sekarang resepi gulai ikan tongkol aka aya aka kayu pulak.
Ada dua resepi, satu lagi yang saya suka boleh tengok kat resepi 2. Kat sini saya mengaku, saya belum master lagi dalam gulai ikan ni. Saya masih tak tahu rahsia sebenar bagaimana mereka yang pandai tu merebus ikan hingga rasanya sungguh sedap. Cukup masam manis dan masin, warna kemerah-merahan dan isinya lembut tapi susah pecah.Sebenarnya selain daripada kuah, kesedapan gulai ni bergantung kepada ikan rebus tu..aduiiii, ada sesiapa boleh kongsi rahsia tak?

Dah bermacam cara saya cuba merebus dan menggulai ikan ni...setiap kali buat bagaikan satu eksperimen bagi saya..hahahaha, dah tua ni...agak-agak bila la nak master..hehehe

Oklah, untuk yang tidak kenal ikan tongkol, ada dua jenis ikan tongkol iaitu hitam dan putih.

Macam mana nak bezakan kedua-duanya?


 nampak tak bezanya?
Ikan tongkol hitam siripnya lebih panjang, isinya lebih lembut dan harganya lebih mahal. Ikan tongkol putih pula siripnya pendek, kulitnya lebih berkilat, isinya lebih keras dan harganya murah sikit...waaaahhhhh, bagus kelas hari ni kan? hehehe
Kalau untuk peniaga nasi berlauk atau nasi dagang, mereka biasanya gunakan yang putih, mungkin sebab isinya lebih keras dan pejal senang nak handle masa potong banyak-banyak dan masa nak bungkus tu...heheheh assumption! assumption !! pandailah kau Cik Wan ooiii...
Ok, ni gulai versi saya yer. Saya lebih suka versi ditumis berbanding dengan cara gulai darat.
1 ekor ikan tongkol (dalam 1 1/2kg - 2 kg seekor)- potong
Bersihkan, rendam dalam air asam jawa atau cuka sekejap.
Bilas dan rebus bersama-sama 6-8 keping asam keping, garam dan gula atau gula melaka. Masukan air sehingga ikan tenggelam.
Rebus dengan api perlahan sehingga airnya tinggal suku.
Bahan-bahan gulai .
1 biji kelapa ambil santan secukupnya.
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci lengkuas
Seinci kunyit
5-7 biji cili kering
1 paket kari ikan @ 2-3 sudu rempah gulai nasi dagang kalau ada.
3-4 keping asam keping ambil yang digunakan untuk merebus ikan tadi.
(Mesin semua bahan di atas)
10-15 biji cili api dibuang tangkai.
Cara-cara:
Panaskan minyak.
Masukkan semua bahan mesin dan tumis hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan santan, asam keping dan cili padi.
Kacau hingga menggelegak.
Masukkan ikan rebus bersama-sama dengan air rebusannya.
Perisakan.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Kacau hingga menggelegak kali kedua atau hingga naik minyak dengan cantik.
Gulai ni mesti ada rasa masin, manis dan masam....baru powerrr hehehe.
* ada orang masukkan belacan, rempah kasar 4 sekawan semasa menumis dan ada juga yang masukkan jintan manis dan jintan putih..so, kalau rajin boleh cuba versi lain....ini versi yang paling mudah dan ringkas.
dalam periuk lagi ni
Cuti Deepavali hari tu kami ke Terengganu, wahhh best betul makan nasi minyak dengan gulai ikan kat Restoran Norazila di Simpan Empat Kuala Ibai.
Nasi Minyak Terengganu.

Apa lagi, bila dah sampai kat Terengganu tu saya bershoping sakan rempah gulai ikan Tongkol. disebabkan tak tahu brand apa yang sedap saya bantai je la beli kat Kedai Pak Leh betul dekat pintu masuk Pasar Payang tu, sedap jugak.

Macam-macam rempah ada kat sini.
Dah kenal ikan, dah ada bahan maka bolehlah  masak nasi dagang hari nikan?hehehhehe...selamat memasak yer kengkawan..tekak ni rasa macam nak makan nasi berlauk kat kedai Su di Sekamat tu pulak hehehe..off dapur hari ni boleh tak?






15 comments:

  1. As salam, wowww... terima kasih byk2 sbb bagi petua... siap ada gambar buat perbandingan lagi, baru la readers fahammm... mohon copy yer buat rujukan... pinkcupcakes

    ReplyDelete
  2. Nk lg sedap masa tumis tu letak serbuk ketumbar dan kerisik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ieena kerana sudi berkongsi rahsia..next time nak cuba buat :)

      Delete
  3. Salam, petua mak saya klu tok sir wi pecoh time rebus tu buh nisse dan cuka sket selain asam dan garam, biar semlman. Pastu klu rebus utk gulai nasi dagang buleh guna air nyior tu.

    ReplyDelete
  4. salam...klu ikut resepi mak saya,masa rebus ikan masukkan lengkuas,kunyit hidup, bawang putih(dimayang),garam,asam keping.
    cara untuk mengulai,bahan sama macam yang puan tulis cuma tambahkan kerisik,belacan sikit,nise dalam gulai.lengkuas n kunyit xperlu lg letak cz ikan dah direbus ngan lengkuas n kunyit.klu nak lg sedap,xpayah tumis.masak santan dahulu separuh bersama bahan kisar,bila pecah minyak sikit baru masak santan yang selebihnya bersama ikan dan air rebusan dan masak dalam api yang slow hingga pecah minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ...ada macam2 versi/ cara untuk memasak gulai ikan tongkol ni. Hatta di Kelantan sendiri versinya berbeza2 mengikut tempat/daerah/keluarga. Apatah lagi antara Kelantan dan Terengganu. Cik Wan tak suka rebus ikan dengan lengkuas dan kunyit sebab baunya akan hampir sama dengan singgang..tapi arwah mek Cik Wan selalu buat macam tu hehehe..

      Delete
    2. sila rujuk beberapa versi gulai ikan tongkol dalam blog ni ye..terima kasih atas perkongsian.

      Delete
  5. Kalau mak saya ajar ikan ni rebus sehari sebelum nak masak gulai ikan tongkol ni spaya sebati dan cukup rase..ingat rebus sehari sebelum..

    ReplyDelete
  6. Kalau mak saya ajar ikan ni rebus sehari sebelum nak masak gulai ikan tongkol ni spaya sebati dan cukup rase..ingat rebus sehari sebelum..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih ye.siap ada gambar ikan..baru kenal..kalau tak, ingat sama je.hehehe asalkan namenye tongkol...tongkol putih ade juga nama lain..tongkol/aya kurik

    ReplyDelete
  8. Seorang sahabat saya ada memberi petua cara nak pejalkan isi ikan ialah dengan merendam sekejap ikan dengan sedikit air yang dicampur dengan kapur makan. selepas itu bolehlah dibilas dan toskan isi ikan tersebut.

    ReplyDelete
  9. hai sis, blh sy share petua my family. ikan klu nk sedap at least rebus 3-4 hari sblm kite nk masak gulai tu. stp hari panaskan 2x. tp api slow jer. tak perlu smpi mendidih pun sis. cth kite nk makan hari Sabtu kan, hari Isnin kite dah start rebus ikan. letak skali asam keping, garam, gula nisan skit, dan daun pandan jangan lupa. kuah jd wangi harum. asam keping jgn kedekut. utk 2 ekor ikan saiz sedang, biar letak asam keping tu 10 keping pon xpe. hari Jumaat kita nak masak gulai dah. ikan tu lembut elok, masam2 molek wangi, tulang pon lembut siap blh kunyah tulang ikan tu 😊 slmt mencuba sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillahh...Sis Shadila..lama dah Cik Wan cari rahsia gulai ikan tongkol ni. Terima kasih banyak2..Cik Wan akan cuba buat mcm sis ajar..terima kasih banyak2 ya

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...