Monday, 26 November 2012

Pau Goreng Kelate aka Roti Goreng

Pagi-pagi banyaklah roti ni di jual di Kelantan. Kalau adik ipar saya Azemi dan wifenya Siti Mariam, roti ni dijual dalam RM0.20 satu...murah giler....besar tapak tangan tau...

Ni resepi yang diajar kepada saya, bolehlah pakat-pakat cuba. Budak-budak sukalah makan roti ni panas-panas tambahan dalam musim hujan ni. Semalam saya buat dalam 1/2 kg tepung ..uhhh sekejap je habis pekena dengan teh -o panas di iringi hujan lebat mencurah-curah..hehehe

Bahan-bahannya:

1 kg tepung gandum
1 paket yis mauripan (bancuh dengan 1 cawan air suam kuku)
4 sudu margarine- semalam saya guna butter, gebu jugak
1 sudu besar soda bikarbonat dan 1 sudu kecil garam (bancuh dengan 1 cawan air)
1 cawan gula
Air secukupnya untuk menguli (sehingga adunan tidak melekat ditangan)
Sedikit pewarna kuning jika suka.

Inti kacang merah- saya beli yang ready made.

Cara-caranya.
Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
Biarkan doh naik 2 kali ganda.
Uli/tumbuk  sekejap doh tadi untuk keluarkan angin.
Bulat-bulatan doh mengikut saiz yang dikehendaki. (Jangan besar sangat sebab sebelum digoreng akan dileperkan dahulu, jadi saiznya akan jadi makin besar)
Masukkan inti kacang merah ke dalam doh (macam buat ondeh-ondeh)
Susun dalam dulang/loyang.
Panaskan minyak.
Sebelum  menggoreng, tekan-tekankan sedikit doh sehingga leper (jangan kuat sangat) dan terus masukkan ke dalam minyak.
Roti akan tenggelam, mengembang dan timbul semula. Balik-balikkan sehingga masak/warna perang. Siap.

*inti roti goreng boleh ditukar mengikut kesukaan anda.
Selamat mencuba

Monday, 12 November 2012

Ketupat Sotong

Sebenarnya dengan rasa duka cita saya menyatakan saya tak sepatutnya menulis resepi ini hari ini. Sepatutnya saya siapkan sijil-sijil berhenti dan surat akuan yang belum bersentuh tu...waaaaa....betul-betul tak ada mood nak kerja la..tak apa dah janji dengan PKHEM hantar selewat-lewatnya hujung November ni...ada masa lagi..ada masa lagi...jom kita belajar dulu buat ketupat sotong idaman malaya ni..hahaha
* bagi yang tidak pernah makan, ketupat sotong ini adalah sejenis kuih yer..jangan pulak dibuat lauk dimakan dengan nasi..muntah for sure..hehehe
alaaa..jangan takut, kalau tengok iron chef tu..ikan, daging dan ayampun boleh jadi dessert kan?..heheh..besttt tau..

Sungguh mengancam..!!!
 
 
Bahan-bahannya;
 
1-2 kg sotong sederhana besar (Lagi bagus kalau sotong yang sedang bertelor..yummy)
Bersihkan sotong, keluarkan tulang belakangnya. Cabut kepala sotong dan buang giginya. Sejatkan.
 
1 cawan beras pulut
4 keping nise
Sedikit gula (jika suka)
Sedikit garam
2 1/2 cawan santan pekat.
Daun pandan
Lidi/pencungkil gigi yang tajam hujungnya.
 
Cara-caranya;
 
Basuh beras pulut. Rendamkan dengan 1/2 cawan santan tadi bersama-sama sedikit garam. Biarkan sebentar.
 
Ambil sotong, isikan dengan beras pulut yang direndam tadi (kalau boleh bersama-sama dengan santannya sekali). Isi 3/4 penuh yer...kalau penuh sangat  ketupat akan jadi keras@ pulut separuh masak dan kurang sedap dimakan.
Tutup badan sotong dengan kepalanya dimasukkan balik ke dalam badan. Cucuk kepalanya dengan 2 batang lidi secara bersilang dengan kemas supaya ketupat tidak terburai semasa merebus nanti.
 
Susun daun pandan didalam periuk sebagai alas.
Susun semua sotong  dalam periuk dan masukkan santan yang 2 cawan tadi. (boleh tambah santan jika suka..selalunya saya letak santan hingga tenggelam sotong)
Tutup periuk dan rebus sotong.
 
Bila sotong hampir masak atau santan dah semakin kurang, masukkan gula nise atau gula melaka yang telah dipotong kecil dan gula. Masak sehingga nise cair dan kuah jadi pekat seperti di dalam gambar. Dah siappp.
* saya pernah makan ketupat sotong yang berkuah macam kuah pengat/bubur. Maaf, tak berapa suka pulak...mungkin dah biasa makan dari kecik versi pekat hitam ni seperti yang diajar oleh arwah nenek-nenek dan mak serta mak mertua saya.

Jangan lupa mencuba yer..ciao!!


Saturday, 10 November 2012

Kuih Kator



Antara menu jualan Mek dari zaman dulu...nak tulis resepipun susah sebab kami pakai campak-campak je. Katur ohh katur best sangat makan time hujan-hujan ni.

Versi asal yang mek jual warna coklat gelap sebab dicampurkan dengan gambir sirih dan sedikit air bancuhan serbuk kopi. Tak ingat pulak ada jual gambir kat Tesco, biasalah Cik Wan akan kreatif di saat-sat memerlukan..hahahah jadilah katur hijau versi pandan. Rasa dan teksturnya sama sebab bau daun pandan, rasa kapur dan gula melaka tetap ada. Best gitu..

versi biasa di kelate, warna coklat

Bahan-bahannya:

2 mangkuk tepung beras pulut
Sedikit air kapur (dalam dua sudu kecil air kapur -bukan kapur tau)
Air daun pandan untuk menguli tepung .
Sedikit minyak
Beberapa helai daun pisang.

Cara-cara.

Uli tepung pulut dengan air kapur dan air daun pandan. Adunan mesti agak lembut atau lembik. Dah siap uli dan adunan tidak melekat di tangan, sapukan dengan minyak  masak di semua bahagian doh. Alaskan daun pisang di atas dulang/loyang kukus. Sapukan minyak atas loyang dan letakkan doh. Kukus sehingga masak (15-20 minit). Sejukkan.

Bahan kuah.

3-4 keping nise @ 1 ketul gula melaka
Sedikit gula
2 helai daun pandan
1 mangkuk air


Cara-cara
Satukan semua bahan dan masak sehingga kuah pekat. Sejukkan

Bahan kelapa.

1/2 biji kelapa parut putih.
Secubit garam.
Gaulkan rata. .

Cara menghidang

Potong isi katur dengan gunting kecil-kecil (saiz sebesar buah onde-onde atau sebesar ibu jari)
Terus masukkan potongan ke dalam kelapa parut. Guling-gulingkan tepung katur dalam kelapa sehingga bersalut semuanya.
Letakkan dalam pinggan dan curahkan kuah gula melaka tadi.
Siap......selamat mencuba.




Thursday, 8 November 2012

Kek Carrot

Dah lama simpan resepi ni tapi hanya tahun ni buat, tu pun bila tengok banyak sangat karet lebih bubur Zikry dalam peti ais. Alhamdulilah, menjadi pula resepi ni. Senang dan ringkas dan yang penting keluarga dan kawan-kawan kat sekolah kata sedap. So geng, sapa yang nak resepi kek yang saya selalu bawak kat sekolah tu, silakanlah ye..selamat mencuba.

Bahan-bahannya

2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan gula halus/caster
4 biji telor
1 1/4 cawan minyak conola/sunflower/sayur
1 cawan kacang walnut/badam dipanggang dahulu-saya guna badam kali ni
1 sudu kecil garam
4 cawan karet parut
1 biji kulit buah oren parut (zest)-saya guna 2 sudu besar sunquick
* saya tambah sedikit esen vanilla menggantikan serbuk kulit kayu manis-sorry, tak suka bau rempah

Cara-cara
1. Siapkan bekas untuk bakar, griskan dengan butter dan alaskan dengan kertas kek-
2. Pukul gula dengan minyak hingga kembang.
3. Perlahan-lahan masukkan 1/2 tepung (yang dicampur dengan garam) dan pukul lagi.
4. Masukkan lebihan tepung berselang-seli dengan telor sehingga habis.
5.Masukkan parutan karet, sunquick dan kacang, kacau dengan sudip.
6. Siap untuk dibakar dalam api 180c selama sehingga 45 hingga 50 minit.

Bahan-bahan cream cheese
250gm cream cheese (saya guna tartura cheese je)
30gm butter
1 sudu besar perahan lemon @ lime-cam biasa la, saya gunakan sunquick je
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising
 
Pukul hingga kembang cream cheese dan butter. Masukkan gula dan semua bahan lain. Siap untuk disapukan atas kek yang sudah disejukkan.
 
Comot betul kek ni...sebab nak cepat, pagi-pagi buta sebelum ke sekolah, ada hati
nak berfrosting-frosting lagi..huhuhu
*
*
*
*
*
 
apa-apapun, kita tinggalkan satu slice untuk Cik Hubby sarapan...alamakkk..baju belum iron lagiiiiiii!!ciaooo :-)

Wednesday, 7 November 2012

Lasagna Cik Wan Kelate

Assalamualaikum.
Lama sungguh tak dapat nak update resepi walaupun selalu ambil gambar masakan sendiri. Sibuk bebenar hingga nak tulis resepipun tak sempat sementelah lagi sekarang ni sibuk menyiapkan fail-fail untuk serahan hujung tahun, marking final exam dan invigilate lagi...muuuaahhaaaaa, rasa guilty pulak kalau sibuk dok menaip resepi hahaha.

Tapi atas rasa tanggung jawab dan rasa bersalah yang kian meruncing hingga tak lalu makan..lebih-lebih la pulak hehehe, saya kirimkan resepi ringkas ini untuk tatapan semua pengunjung...

Lasagna Mudah dan Ringkas ala Cik Wan


Bahan-bahannya
A
2 tin Prego Mushroom (tin hijau)
2 labu bawang besar dadu
1 ulas bawang putih dadu
1 sudu serbuk cili
2 helai bayleaves
2 biji buah tomato didadu
1 sudu serbuk oregano
2 keping dada ayam cincang/dadu
Sedikit daun chinese parsley/italian parsley

B
2 biji telor
1 cawan susu segar
Sedikit garam dan lada sulah

1 kotak lasagna
Keju cheddar dan mozarella (kuantiti ikut suka..saya suka banyaakkkk)

Cara membuatnya

Bahan kuah A

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu bersama-sama dengan serbuk cili. Dah layu dan cili dah garing masukkan bayleave dan  isi ayam. Kacau hingga ayam kering airnya. Masukkan buah tomato dan kacau lagi hingga buah tomato hancur. Masukkan sos prego dan oregano serta daun parsley. Perasakan, jika suka boleh tambah gula dan garam. Siap.

Bahan B
Pukul telor dan susu segar menggunakan garfu. Masukkan lada sulah dan sedikit garam. (jika suka boleh masukkan keju sedikit). Siap.
*ada orang suka buat sos putih mat saleh tu..saya nak ringkas je..heheh

Lasagna direbus dahulu eldente : hati-hati masa merebus kerana kepingan lasagna akan melekat antara satu sama lain dan susah nak dibuka untuk dilapiskan nanti.
*ada orang tak rebuspun kepingan lasagna tu. Saya dah cuba dan tak suka kerana kepingan tu akan liat sikit.

Melapis
Siapkan mangkuk/ bekas untuk membakar. Griskan dengana minyak zaiton/butter.
Lapisan bawah sekali letakkan sos A kemudian susun kepingan lasagna.
Letakkan lagi sos A diikuti dengan sedikit sos B.
lakukan sehingga lapisan siap.
Lapisan atas sekali; sudahi dengan sos A diikuti sos B dan taburkan parutan keju serta hirisan daun parsley.

Bakar di atas api dengan kepanasan 180-200c hingga warna kejunya keperangan. Siap.


Walla....dah siap lasagna ore kelate...hehehehe. Selamat mencuba. Moga serasi dan sesuai dengan selera anda semua.

*resepi ni hampir sama dengan resepi Baked Macaroni sebelum ni :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...