Saturday, 4 August 2012

Ondeh-ondeh (onde-onde)

Ini kuih lama kelate..dari kecik sampai besar dan veteran makan kuih ni..kuih kekah ca' ore kelate kato...hahahaha..

Bahan-bahannya ialah;
Sepeket tepung pulut (saya buat separuh peket je..dah cukup untuk saya sekeluarga)
3 keping gula nisse, potong kecil-kecil...elok guna gula kabung untuk lebih sedap. Saya guna yang biasa.
1 sudu kecil air kapur
2 mangkuk air daun pandan- boleh campur dengan pewarna hijau epal kalau suka. Saya tak campur.
1/2 biji kelapa parut muda digaul garam(1 sudu kecil garam) -paling sedap dan cantik kelapa parut sendiri cara memanjang- saya punya beli kat kedai Aceh je...tak puas hati..tak puas hati...
Sediakan air rebusan.

Cara-cara membuatnya:
Masukkan air daun pandan dan air kapur tadi sedikit-sedikit ke dalam tepung sambil diuli hingga adunan menjadi seperti ini.

Nise dipotong kecil..tak boleh besar sangat, nanti susah nak dibungkus dengan tepung dan lambat cair bila direbus nanti...tak sedap jika nise dalam ondeh-ondeh tak cair.
Sekarang, bolehlah dibungkus nise tadi dalam adunan tepung yang telah diuli. Cubit sedikit tepung, leperkan dan masukkan nise. Bungkus nise tadi dengan kemas (kalau tak, buahnya kan pecah dan nise akan terkeluar, tak cantik). Pastikan air rebusan sudah menggelegak. Siap satu, masukkan terus dalam air rebusan.

Rebus hingga masak. Ondeh-ondeh akan terapung dan menari-nari dalam air supaya nise cair. Tapi jangan lama sangat. Biarkan sebentar baru diangkat dengan penapis kecil/senduk berlubang sambil ditoskan. Terus masukkan dalam kelapa yang telah disediakan.
Kelapa digaul sedikit garam dan ditekan-tekan sedikit. Masukkan ondeh-ondeh yang siap direbus dan golek-golekkan supaya kelapa terlekat pada ondeh-ondeh. Masukkan dalam piring. Siap!!
Kelapanya tak cantik...tapi oklah...puas hati buat sendirikan?
NOTA;
Ini resepi asal turun-temurun keluarga saya.Hanya gunakan tepung beras pulut semata.
Ada resepi yang campurkan tepung beras pulut dengan tepung beras biasa, ada yang campurkan dengan tepung gandum dan ada juga yang campurkan dengan tepung ubi...terpulanglah...kita yang buat diakan?..Ada yang bulat besar dan gemuk dan ada yang kecil molek...ikutlah saiz yang sesuai dengan selera kita sendiri...tiada masalah...selamat memasak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...