Friday 31 August 2012

Ikan Singgang

Alamak!!! ike singgang?...hahahaha...dah tak ada resepi lain ke nak post...hahaha...semua orang tahu masak resepi ni?..betul tak?

Tak apalah....ike singgang ni bagus untuk sesiapa yang tengah berdiet, tengah dalam pantang untuk turunkan kolestrol ataupun pantang sakit yang lain...cuma kalau pantang sebab luka tu..tak bolehlah guna ikan aye @ tongkol...gunalah ikan yang tidak berbisa atau beri mudarat. Saya pulak kalau tengah pantang diet memang tak boleh masak lauk ni...bukan apa, sedar tak sedar dah bertambah-tambah nasi pulak..apatah lagi kalau ada ulam-ulam..walamakkk..hancusss dietku..

Ikan yang selalu saya gunakan untuk singgang ialah ikan tongkol, ikan kembung, ikan tenggiri dan ikan merah..dan kadang-kadang ikan selar kuning...kalau kembung pula yang kecil-kecil cinoni tu...wahhh sedap betul kalau singgang. Resepi ni berbeza cara masak dan bahannya mengikut kebiasaan masing-masing tapi bahan asas ialah bawang putih, lengkuas dan asam keping. Kalau mek saya yang masak dia akan masukkan sedikit halia dan kunyit, tapi masa mula-mula kawin dulu saya buatkan ikan singgang versi ni hubby kurang sedikit sedangkan ikan singgang ni kegemaran dia.

Balik kampung mentua, suruh dia ajarkan cara masak yang dia biasa buat..hehehehe..dengan suka hati dia tunjukkan dan lepas tu..beresss...dah lulus...hahaha, even mekpun dah sukakan cara saya menyinggang ikan ni...tambahan lagi kalau kepala ikan tenggiri...waduuhhh..terangkat!! Banyak pula sembang..jomlah..ini resepinya..

Bahan-bahannya;

Seekor ikan tongkol (potong nipis, basuh dan rendamkan dalam air asam jawa/cuka sebentar, toskan)
10 ulas bawang putih- ketuk untuk pecahkan sahaja, nak hiris pun boleh
5 ulas bawang merah dihiris- kadang-kadang saya tak letakpun.
2 inci lengkuas, dihiris nipis.
3 biji cili besar/cili api/cili keringpun boleh
3 biji bendi- kalau suka
5-6 potongan nipis timun- kalau suka
3-4 keping asam keping/gelugor

untuk perasanya:
Sedikit garam (siapa yang suka boleh tambahkan dengan sedikit budu..jangan cakap..eeeeeee!!! belum cuba belum tahu ye..heheh)
Sedikit gula- paling best gunakan gula nise @ gula kabung @ gula melaka
Secubit ajinomoto-bagi sesiapa yang gunalah

Cara-caranya:

Masukkan ikan dalam periuk
Masukkan air untuk kuah secukupnya (Biasanya saya lebihkan air sebab nanti kuah akan kering sedikit bila direbus lama)
Masukkan semua bahan termasuk bahan perasa sekaligus kecuali bendi (kalau guna bendi, kena masukkan bila masa hampir diangkat)

Letakkan di atas api yang perlahan dan biarkan singgang masak dengan rasanya sudah mesra (masin, manis, masam) agak-agak dalam 20 minit adalah...jangan sampai kuah kering sudahlah ...hehehe
Siap!!

Singgang ni boleh dihidang bersama ulam-ulaman dan budu, ikan masin goreng dan nasi panas-panas.
Selamat mencuba bagi yang belum biasa dan yang dah biasa dan terrer tu..jom kita layan ikan singgang hari ni..byeee!!

2 comments:

  1. GK tak penah buat singgang lg...member dok cite kat sdp..tu search cr resepi...tq sudi kongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih GK sudi singgah di sini.....cubalah buat, in sha Allah, tak rugi mencuba, sedap sangat tambah2 kalau ada sambal belacan dgn ulam.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...