Sunday, 29 July 2012

Nasi Mandy Yemeni

Saya sangat suka makan Nasi Arab...kalau sebulan dua tak ke Saba' di Cyberjaya tu, rasa macam tak lengkap je...dah cuba restoran Arab yang lain...tak samalah dengan Saba'. Lama-lama terpikir, apa kata kalau masak sendiri...maka terhasillah menu ni...insyaAllah, berbaloi untuk dicuba...


Rempah Mandy:
2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar bunga cengkih
2 sudu kecil lada hitam
1 biji buah pala
1 sudu makan halia kering( saya pakai serbuk je)
4 helai daun bay/salam

Grind semuanya sampai halus ( rempah ni saya x gunakan semua...tadi guna 2 sudu besar utk perap ayam dan 1 sudu utk nasi...masih ada lebih lagi...)

Ayam Mandy :
1 ekor ayam potong 4 (Rebus dengan air secukupnya hingga masak mengunakan 1 sudu rempah Mandy dan sedikit garam dan toskan, simpan air rebusan )
2 sudu rempah mandy
2 sudu serbuk jintan putih (yang ni la rempah killer dia...banyak sikitpun tak apa)
sedikit serbuk kunyit
1 sudu serbuk ketumbar
Garam
Gaul bersama, perap sekejap dan bakar dlm aluminium foil di alas dgn hirisan bawang besar dan lemon.
Kalau suka boleh pan grill dlm kuali nonstick...sedap jugak.



Nasi Mandy
2 pot beras PUSA, basuh dan rendam 20 minit...toskan
3 sudu minyak dan 2 sudu butter ( tadi pakai minyak zaiton....minyak biasapun boleh)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sesudu rempah mandy
buah tomato dibuang biji dan di dadu
bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan daun salam/bay.
3 pot air rebusan ayam tadi (2 1/2 pun blh...tgk beras)

Tumis semua bahan tadi di atas...dah layu/sedikit brown...masukkan beras...kacau..dan masukkan air...tanak spt biasa.
Hampir masak,titiskan pewarna kuning (takde saffron..heheheh), buat lubang di tengah nasi dan masukkan mangkuk kecil yang dibuat daripada aluminium foil..tuang minyak dalam mangkuk, masukkan arang bakar...tutup periuk, supaya asap dapat menyerap dalam nasi. 10  15 minit, buang mangkuk aluminium tadi dan gemburkan nasi. Siap!!
Kalau tak nak buat langkah ni pun takpe...
 Bila nasi dah masak, bolehlah digembur-gemburkan...


Macam kat Saba' kan..hehehe...
Untuk Sambal (Salata Hara): 2 biji buah tomato
3 biji cili api
Blend tanpa air...masukkan sesudu kecil garam dan hirisan daun ketumbar..siap

Untuk salsa:
1 biji buah tomato, buang biji dan dadu
1 biji timun buang biji dan dadu
1 labu bawang besar merah..dadu
2 biji cili api
daun ketumbar
perahan lemon..asam limau nipis lagi sedap la..
garam dan gula...gaul sebati...siap..
Wallaaaa.....siap!!!Ayamnya tak nampak pulak ye..hehehe

Banyak langkah jugakkan?...tapi bak kata orang Kelantan..no pain no gain..hehehehe..selamat mencuba...

9 comments:

  1. Salam kak,sy baru jumpa resepi akak....bahagian rempah mandy itu...ape beza 2 sudu buah pala n 1 biji buah pala?harap akak dapat terangkan...terima kasih-wani-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...terima kasih banyak2 dan minta maaf..tersilap taip rupanya...akak dah betulkan. 2 sudu buah pelaga dan 1 biji buah pala (nutmeg)..selamat mencuba ya

      Delete
  2. Assalam Cikgu Wan.
    Saya jumpa resepi nasi arab kat blog ni..
    Terima kasih sudi sharing
    Kalau rajin singgah la blog saya http://intandayani.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam intandayani..terima kasih kerana sudi singgah..inshaAllah..nanti cikgu wan singgah :)

      Delete
  3. salam..nak tanya..buah pala tu boleh beli kat mana yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Cik Wan beli di kedai runcit saja. In sya Allah ada. Hari tu Cik Wan pi Penang, beli banyak terus heheh. Kalau tak jumpa juga beli jer serbuk Nutmeg dalam botol tu..boleh juga

      Delete
  4. Salam, tumpang tanya...air rebusan ayam tu dari mana?sebab dalam step tiada pun proses merebus ayam, mohon pencerahan kak. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..terima kasih. Tak perasan Cik Wan dah buat silap. Maafkan Cik Wan, dah edit tu...selamat mencuba ye.
      Ayam yang dibungkus dalm foil tu dah direbus terlebih dahulu ya.., so isinya sangat lembut, sedap.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...